Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.der] | کادر

Definisi : 1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~ parti dr sekarang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kader


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MASHUDI KADER

MASHUDI KADER (1943 -     ), ahli bahasa. Di lahir di Tanjung Karang, Selangor. Dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Tiram Buruk, Tanjung Karang. Kemudian Mashudi meneruskan pendidikannya di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1961. Selepas itu, dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim hingga tamat pada tahun 1964. Mashudi mula bertugas sebagai guru di tempat asalnya, iaitu Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya. Pada bulan Mei 1966, dia meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969, Mashudi mengajar di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor.

BAHASATokoh
MOKHTARUDDIN LASSO

Mokhtaruddin Lasso (?-?), kader Parti Komunis Malaya dan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas