YAHYA AHMAD, TAN SRI | YAHYA AHMAD, Tan Sri (1947-1997), ahli korporat. Dia lahir di Dungun, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga tahun 1966. Semasa di bangku sekolah, dia aktif dalam sukan ragbi dan pasukan kadet. Yahaya pernah mengajar di Sekolah Bukit Besi, Dungun sebelum melanjutkan pelajarannya di Loughborough College, England, pada tahun 1967. Dia mengambil jurusan kejuruteraan automotif dan lulus pada tahun 1970. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
YUSUF ISHAK, TUN | YUSUF ISHAK, Tun, (1910-1970), Presiden Republik Singapura yang pertama (1965-1970). Dia lahir pada 12 Ogos 1910 di Padang Gajah, Trong, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Perak sebelum memasuki Victoria Bridge School, Singapura. Yusuf lulus Sijil Cambridge dengan keputusan yang cemerlang pada tahun 1927. Dengan keputusan itu, dia diberi peluang meneruskan pelajarannya selama dua tahun di Raffles Institution Special Class, Singapura. Sejak di bangku sekolah, Yusuf seorang pelajar yang aktif dan sentiasa menjalankan apa saja tugas yang diberikan kepadanya. Hal ini terbukti apabila dia dilantik sebagai seorang pengawas di sekolahnya. Selain itu, dia juga pernah menganggotai pasukan kadet dan merupakan pelajar yang pertama di Singapura pernah dilantik sebagai leftenan muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH | Kapsyen : Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946- ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |