Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kadir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN

SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN ( ? – 1933), Raja Patani (1898 – 1902).  Baginda menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Sarifuddin yang mangkat pada tahun 1898.  Setelah sebulan dilantik sebagai Raja Patani, Sultan Abdul Kadir ke Bangkok untuk mendapat pengiktirafan daripada Raja Chulalongkorn, Raja Siam, tetapi gagal.  Sultan Abdul Kadir berangkat ke Singapura untuk menemui Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, bagi mendapat sokongan British untuk membebaskan Patani dari Siam.  Usaha baginda gagal kerana British tidak mahu memburukkan hubungan antara kerajaan British dengan kerajaan Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAM A.KADIRADAM A. KADIR, Dato’ (1942- ), penulis dan ahli politik.SASTERATokoh
ABDUL KADIRABDUL KADIR (1914-?), guru pondok dan ahli politik. Dia lahir di Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ABDUL KADIR ADABIABDUL KADIR ADABI (1901-1944), penulis, ahli politik dan wartawan. Dia lahir pada 17 Ogos 1901 di Kampung Raja Dewa, Kota Bharu, Kelantan. SASTERAKonsep
ABDUL KADIR SHAMSUDDIN, TAN SRIABDUL KADIR SHAMSUDDIN, Tan Sri  (1920-1978),  Ketua Setiausaha Negara yang keempat (1970-1976). SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
A. KADIR AHMADA. KADIR AHMAD (1933-   ), penulis.  Dia lahir pada 3 Jun 1933 di Batu Pahat, Johor.SASTERAKonsep
ABDUL KADIR YUSOF, TAN SRI

Abdul Kadir Yusof, Tan Sri (1918–1992), Peguam Negara (1964–1969). Abdul Kadir dilahirkan pada 10 September 1918 di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Muar dan seterusnya melanjutkan pelajaran selama 5 tahun di Raffles College, Singapura. Sebelum meneruskan pengajian di Lincoln’s Inn, England dalam jurusan undang-undang, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor, Majistret dan Pemungut Hasil Tanah, Pejabat Tanah.

UNDANG-UNDANGTokoh
RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR

RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR (1905-1947), penulis dan wartawan. Dia lahir di Gebang, Tanjung Pura, Langkat, Sumatera, Indonesia. Nama lain yang pernah digunakan ialah Ratuman atau Tengku Rolam. Raja Mansor berketurunan bangsawan. Ayahnya daripada kerabat diraja Perak, sementara ibunya pula berasal dari istana Langkat. Raja Mansor mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Hollandsch Inlandsche School (HIS) di Medan hingga tamat pada tahun 1929.  

SASTERATokoh
ABDUL KADIR ADABI

Abdul Kadir Adabi (1901-1944), sasterawan, tokoh politik dan wartawan. Beliau dilahirkan pada 17 Ogos 1901 di Kampung Raja Dewa, Kota Bharu, Kelantan. Bapanya, Ahmad  Yusoff (penghulu Kuala Krai), mempunyai hubungan rapat dengan golongan istana sewaktu pemerintahan Raja Dewa.

SASTERATokoh
TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR

TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR (  ?  - 1919), Raja Negeri Teluban (kini Saiburi) yang terakhir. Nama penuh baginda ialah Tengku Abdul Muttalib bin Tengku Abdul Kadir bin Tengku Jalaluddin bin Nik Dah. Moyang baginda, Nik Dah, dilantik oleh Siam menjadi Raja Teluban yang pertama, tidak lama selepas Siam membahagi-bahagikan negeri Patani kepada tujuh negeri kecil pada tahun 1816, iaitu Patani, Jambu, Jalor (Yala), Nongchik, Legeh dan Reman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas