Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.fi.lah] | قافلة

Definisi : Ar rombongan orang (berserta dgn unta dan barang-barang yg dibawa) dlm per­jalanan di padang pasir: bandar Mekah semenjak beratus-ratus tahun dikunjungi oleh ~-~ perniagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.fi.lah] | قافلة

Definisi : rombongan orang (serta untanya yg membawa muatan) yg berpergian di padang pasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kafilah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAFILAH

Kafilah ialah barisan manusia dan haiwan

pengangkut yang panjang yang berjalan melintasi

bumi yang tidak dihuni oleh manusia atau tandus.

UMUM 
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 

Kembali ke atas