Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.fir] | کافير

Definisi : Ar (orang yg) tidak percaya kpd Allah dan rasul-Nya, orang yg bukan Islam; ~ Majusi kafir yg menyembah api; mengkafirkan menganggap kafir, mengata­kan kafir: ~ ahli falsafah ialah sikap yg harus saya ambil sekiranya saya melihat tiga persoalan ini; sebab itu wajiblah dikafirkan mereka dan dikafirkan juga pengikut-pengikut mereka; kafir-mengkafirkan saling mengkafirkan: isu ~ pula cuba dihidupkan semula, tetapi gagal menarik perhatian umum; kekafiran sifat-sifat kafir (tidak beriman, tidak percaya kpd Allah); pengkafiran perbuatan mengkafirkan: isu ~ yg diuar-uarkan sejak 19 tahun lalu adalah satu tindakan yg boleh memecahkan keharmonian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.fir] | کافير

Definisi : orang yg tidak percaya kpd Allah dan Rasul-Nya; orang yg kufur. mengkafirkan mengatakan atau menganggap kafir. kafir-mengkafirkan saling menganggap pihak lain kafir: Dia tidak mahu terlibat dlm hal ~ antara dua golongan yg bertentangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kafir (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kufur, aghlaf, keparat.,

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAFIR

Kafir ialah mana-mana satu daripada sekumpulan

bijian betari yang berasal dari Afrika (lihat Betari).

UMUM 
PERANG BADAR AL-KUBRA

Perang Badar al-Kubra meletus pada 17

Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan

tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir

Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya

peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa

dan merampas harta orang Islam sehingga

memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan

meninggalkan rumah tangga di Makkah al-

Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang

orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan

kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang

jalan perdagangan mereka dari Makkah al-

Mukarramah ke Syam.

UMUM 
MILKUL YAMIN

Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan

kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi

tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam

al-Qur’an pada beberapa ayat seperti dalam surah

al-Mu’minun, Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang

beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam

sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri

dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan

mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan

mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali

kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka

sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian

sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian,

maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”.

(Surah al-Mu’minun 23:1–7)

UMUM 
NERAKA

Neraka, tempat orang yang berdosa dan orang kafir diseksa di alam akhirat. Neraka dalam bahasa Arab ialah al-Nar yang bermaksud api.

AGAMAKonsep
SURAH AL-MA‘ARIJ

Surah al-Ma‘arij ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 44 ayat.

Surah ini dinamakan al-Ma‘arij (tempat-tempat

turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir

Makkah, secara mengejek-ejek) meminta

kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

azab yang disediakan untuk orang-orang yang

kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak

kedatangannya – dari Allah yang menguasai

tempat-tempat turun naik”.

(Surah al-Ma‘arij 70:1–4)

UMUM 
SURAH AL-RAHMAN

Surah al-Rahman ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha

Pemurah), kerana permulaannya menerangkan

hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan

kepada sendaan orang kafir Makkah ketika

diturunkan ayat berikut yang bermaksud:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang

musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman

(Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya:

Dan siapakah al-Rahman itu?”.

(Surah al-Furqan 25:60)

UMUM 
SURAH AL-HASHR

Surah al-Hashr ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-59 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 24 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hashr (perhimpunan

musuh) kerana firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir

antara golongan Ahl al-Kitab dari kampung

halaman mereka pada julung kali mereka

berhimpun hendak memerangi Rasulullah…”.

(Surah al-Hashr 59:20)

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 
SURAH AL-AHZAB

Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 73 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan

tentera yang bergabung) kerana orang

musyrikin mengepung orang Islam dari setiap

penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah

bergabung dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah

dan golongan penghasut Arab untuk memerangi

orang Islam. Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau

mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang

Islam memenangi peperangan tersebut dengan

mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang

penuh gemilang.

UMUM 
ABU JAHAL

Abu Jahal (? - ?), pemimpin kafir Quraisy daripada Bani Makhzum yang terkemuka dan kaya pada zaman Rasulullah SAW. Nama sebenarnya ialah Amru bin Hisyam bin al-Mughirah.

AGAMATokoh
12

Kembali ke atas