Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB sj kereta kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kahar I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL KAHAR MUZAKKARABDUL KAHAR MUZAKKAR (1921-1965), pemimpin Sulawesi, Indonesia yang memberontak menentang kerajaan pusat Indonesia untuk mendirikan sebuah Republik Islam Indonesia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BAHARUDDIN KAHAR SASTERAKonsep
LANGKAT

LANGKAT,  bekas sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai timur Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera  Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Berdasarkan teromba Kesultanan Langkat, kerajaan Langkat didirikan oleh keturunan Dewa Syahdan, sekitar tahun 1500. Dewa Syahdan dikatakan berasal dari kerajaan Haru (Deli Tua) yang telah diserang Aceh pada tahun 1539. Kerajaan Haru tewas. Putera Dewa Syahdan, Dewa Sakti, dikatakan ghaib dan puterinya, Puteri Hijau,  ditawan oleh Aceh. Putera Dewa Sakti, raja Kahar, mendirikan kerajaan Langkat dan bersemayam di Kota Dalam. Raja Kahar berputerakan Raja Badiuzzaman, yang berusaha memperluas wilayah kerajaan tersebut. Raja Badiuzzaman mempunyai empat orang putera, iaitu Kejuruan Tuah Hitam dan Indera Bongsu (Kota Dalam) Raja Wan Jabar (Selesai) dan Raja Syahban (Punggai). Mereka memerintah secara autonomi daerah masing-.masing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SENJAKALA

SENJAKALA,  novel karya Baharuddin Kahar.  Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Novel ini telah diulang cetak beberapa kali, terutama apabila dijadikan teks wajib mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir dekad 1980-an.

SASTERAKarya
DATO' SIAMANG GAGAP

DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KAMPUNG HALAMAN

KAMPUNG HALAMAN, kumpulan cerpen karya Baharuddin Kahar. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1982. Kumpulan cerpen ini memuatkan 18 buah cerpen.

SASTERAKarya
PIAGAM JAKARTAPIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
HALUAN

HALUAN, kumpulan cerpen karya Razak Mamat. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,  pada tahun 1985. <I style="mso-bidi-font-style: normal">HaluanI> telah terpilih sebagai salah sebuah kumpulan cerpen yang memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985, bersama kumpulan cerpen <I style="mso-bidi-font-style: normal">Terima Kasih TuhankuI> yang ditulis oleh Baharuddin Kahar dan diterbitkan oleh Penerbitan Warusna, Kuala Lumpur, pada tahun 1984.

SASTERAKarya

Kembali ke atas