Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaherah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAHERAH

Kaherah ialah ibu negara dan bandar terbesar di

Mesir. Ia terletak di pinggir sebelah timur Sungai

Nil, timur laut Mesir.

UMUM 
NAJIB MAHFUZ

Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab

yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel

dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia

lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana

Muda Sastera pengkhususan dalam bidang

Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934.

Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan

sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga

Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959.

Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan

Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik

menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada

tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar

al-Ahram.

UMUM 
TEHRAN

Tehran. Tehran ialah ibu negara Iran dan bandar

raya yang mempunyai jumlah penduduk kedua

ramainya di Timur Tengah selepas Kaherah. Tehran

merupakan pusat kebudayaan, ekonomi dan politik

bagi Iran. Tehran terletak di utara Iran, di bawah

lereng Bukit Birz. Untuk lokasi lihat Iran .

UMUM 
MAKHLUF, HUSNAYN MUHAMMAD

Makhluf, Husnayn Muhammad (1307 H.–

1410 H./1890 M.–1990 M.) ialah kadi dan juga mufti

Republik Arab Mesir. Dia lahir di Kaherah dan

belajar di Universiti al-Azhar ketika berusia 11

tahun di samping menghafaz al-Qur’an. Dia

memperoleh sijil tinggi daripada Madrasah al-

Qada’ al-Shar‘iy (Institut Perundangan Syara‘) pada

tahun 1914.

UMUM 
SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI

Syed Syeikh Ahmad al-Hadi (1867–1934) ialah

penulis dan wartawan. Ketika berumur 14 tahun,

dia dibawa oleh ayahnya ke Pulau Penyengat, Riau,

Sumatera untuk berguru dengan Raja Ali Haji

mengenai agama, bahasa Melayu dan Arab. Dia

kemudiannya dihantar ke Makkah, Beirut dan

Kaherah untuk memperluaskan pengetahuannya.

Semasa berada di Kaherah, dia menimba ilmu

daripada Syeikh Muhammad Abduh, iaitu seorang

tokoh gerakan pembaharuan Islam di Timur

Tengah.

UMUM 
AHMAD SHAWQIY

Ahmad Shawqiy (1258 H.–1351 H./1842 M.–

1932 M.) ialah penyair Arab moden. Ahmad Shawqiy

mempelajari syair daripada tokoh silam syair Arab

abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Dia lahir di

Kaherah dan berasal daripada keluarga kacukan

Arab, Kurdis, Turki, Sharkasi dan Yunan. Dia

dibesarkan dalam kehidupan mewah dan selesa

kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengan

keluarga al-Khudiwiy Isma‘il dan keturunan al-

Khudiwiy.

UMUM 
TASIK NASSER

Tasik Nasser, terbentuk apabila air Sungai Nil

disekat oleh Empangan Tinggi Aswan di Mesir.

Tasik ini dinamakan sempena nama presiden

Mesir, Gamal Abdel Nasser. Empangan yang mula

beroperasi pada tahun 1968 itu terletak 684

kilometer ke selatan Kaherah. Tasik tersebut

dipenuhi air sepenuhnya pada tahun 1981. Tasik

Nasser meliputi kira-kira 4014 kilometer persegi.

Air dari tasik tersebut digunakan untuk mengairi

tanah ketika kekurangan air dan untuk menjana

kuasa hidroelektrik. Kuil Abu Simbel yang dibina

oleh firaun Ramses II, dipotong dari cenuram di

sepanjang Sungai Nil dan dialihkan ke tanah yang

lebih tinggi bagi mengelak daripada air yang naik

(lihat Kuil Abu Simbel ).

Lihat juga Empangan Tinggi Aswan.

UMUM 
MUHAMMAD FU'AD, 'ABD AL-BAQI

Muhammad Fu’ad, ‘Abd al-Baqi (1299 H. –

1388 H./1882 M.–1968 M.) ialah tokoh ilmuwan

Mesir. Dia banyak menghabiskan masa dalam

menyusun dan membuat susunan indeks hadith.

Dia lahir di Qalyubiyah, Mesir, dan membesar di

Kaherah serta pernah belajar di beberapa buah

sekolah di sana. ‘Abd al-Baqi pernah berkhidmat

sebagai penterjemah bahasa Perancis di Jabatan

Pertanian pada sekitar tahun 1905 dan 1933. Dia

berhenti menulis disebabkan oleh matanya yang

kabur dan menjadi buta sebelum kematiannya.

UMUM 
SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL

Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis

dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia

berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di

Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh,

nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di

Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal

dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak

mengembara untuk menuntut ilmu dan

mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara

gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar

al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang

sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga

banyak mengarang buku. Pengarang kitab ‘Hidayat

al-‘Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130

buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula

menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah

buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al-

Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al-

Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam

Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan

Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l-

Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al-

Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al-

Taubikh li-Man Zam al-Tarikh.

UMUM 
KHUFU

Khufu ialah salah seorang raja Firaun Mesir

yang hidup kira-kira 2600 SM. Namanya masyhur

kerana berjaya membina makam diraja iaitu

piramid terbesar di Giza, berhampiran bandar

Kaherah.

UMUM 
123

Kembali ke atas