Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kail] | کاءيل

Definisi : 1. = mata ~ dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pan­cing; jenis-jenisnya: ~ ambur; ~ berladung; ~ kacar, dll; 2. alat drpd benang (tali) dan dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), pancing; tali ~ tali yg dipakai utk mengikat mata kail (utk meman­cing); ~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan ~ sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll); bongkok ~ hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; kalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar; mengail menangkap ikan dgn kail, meman­cing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya; terkail (ter)kena kail, terpancing; pengail 1. orang yg mengail; 2. alat utk me­ngail (memancing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kail] | کاءيل

Definisi : ; kail-kail berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kail] | کاءيل

Definisi : 1 = mata ~ dawai yg dibengkokkan dan hujungnya berkait serta tajam. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai yg hujungnya tajam lagi berkait digunakan utk menangkap ikan; pancing: Mereka menggunakan alat spt ~, jaring atau pukat utk menangkap ikan. mengail menangkap (ikan) dgn kail atau dgn pancing; memancing. terkail terkena kail; terpancing. pengail 1 orang yg menangkap ikan dgn kail. 2 alat utk mengail atau utk memancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kail
Rujuk :pancing

Puisi
 

Tali kail panjang seratus,
     Saya nak mengail ikan parang;
Hendak meniti jambatan putus,
     Hendak menyeberang buaya garang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Umpan seumpan,
     kail sebentuk.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PICKEREL

Pickerel ialah nama yang diberi kepada tiga

anggota yang kecil dalam famili pike di Amerika

Utara. Seperti semua pike, pickerel sebenar

mempunyai mulut yang besar dan makan dengan

lahapnya. Ikan ini meronta untuk melepaskan

diri apabila terkena mata kail. Semua pickerel hidup

dalam air tawar. Ia biasanya memakan ikan lain yang

lebih kecil.

UMUM 
BESUT

BESUT, daerah di bahagian utara negeri Terengganu.  Mengikut cerita lisan, Besut ialah nama ketua Orang Asli yang tinggal di situ.  Besut telah menyerahkan pentadbirannya kepada Che Abdul Latiff dengan pertukaran segantang mata kail dan permata.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas