Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaitannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACKEREL

Mackerel ialah nama beberapa spesies ikan yang

boleh dimakan yang ada kaitannya dengan tuna.

Semua jenis mackerel kuat berenang. Mackerel

mempunyai isi yang gelap dan berminyak. Ikan ini

banyak ditangkap untuk makanan. Kebanyakannya

ditinkan dan yang lainnya dimakan sebagai ikan

segar.

UMUM 
EJAAN DAN TULISAN KAWI

EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.

BAHASABahasa
MOTUAN

Motuan ialah satu kumpulan yang terdiri

daripada kira-kira 10 000 orang yang tinggal di Port

Moresby, Papua New Guinea dan kawasan-kawasan

yang berhampiran dengannya. Mereka

berbangsa Melanesia dan agak baru di Papua New

Guinea. Anggota kumpulan ini mula-mula tiba di

sini kira-kira 5000 tahun yang lalu. Orang Papua

yang tinggal berhampiran sudah menetap di situ

sejak dahulu lagi. Bahasa Motuan ada kaitannya

dengan bahasa pertuturan di New Hebrides dan

Fiji. Wanita Motuan mahir membuat barangan

tembikar dan sejak berabad lamanya, kaum

lelakinya memperdagangkan barangan tembikar

tersebut dengan orang yang tinggal di sepanjang

Teluk Papua untuk mendapatkan sagu. Ekspedisi

perdagangan yang biasa dan dikenali sebagai hiri

membawa barangan tembikar ini dalam lakatois

(sampan).

UMUM 
SERANGAN DAN SERANG-SENTUH

Serangan dan serang-sentuh ialah istilah

undang-undang yang melibatkan ancaman dan

perbuatan fizikal. Perbuatan menyerang

menyebabkan mangsa dalam ketakutan akan

menerima perbuatan ganas dengan segera.

Ancaman lisan mungkin merupakan serangan.

Mengangkat belantan atau mengancamkan

penumbuk merupakan serangan, walaupun

pukulan sebenarnya tidak terjadi, melainkan

kalau orang yang diancam itu begitu jauh hingga

tidak memungkinkan kekerasan dilakukan.

Seseorang yang menghalakan muncung

senapang kepada sekumpulan orang ramai

mungkin didapati bersalah kerana serangan

terhadap setiap orang dalam kumpulan orang

ramai tadi. Serang-sentuh ada kaitannya

dengan pukulan sebenarnya ataupun

kecederaan fizikal yang lain. Kedua-dua

perbuatan salah ini biasanya terjadi bersama-

sama dan biasanya dihukum sebagai satu

kesalahan. Tiada serangan akan berlaku jika

seseorang berhak mengancam atau menimpakan

kecederaan. Seseorang boleh mengusir

pengganggu dari rumahnya dengan paksaan

yang wajar.

UMUM 
KOTA KAPUR

KOTA KAPUR, tempat inskripsi batu bersurat pada abad ke-7 M. Kota Kapur ialah sebuah kampung kecil di kecamatan Mendo Darat, kabupaten Pulau bangka, Propinsi Sumatera Selatan. Pada zaman penjajahan Belanda, Pulau Bangka merupakan residensi tersendiri. Di Kota Kapur, J.K. van der Meulan menjumpai inskripsi yang ada kaitannya dengan sejarah Sriwijaya. Inskripsi ini merupakan salah satu daripada lima buah inskripsi kutukan yang dibuat oleh Dapunta Hyang, Raja Sriwijaya. Inskripsi ini dipahatkan pada sebuah batu berbentuk tugu bersegi dengan ukuran 177 cm tinggi dan 32 cm lebar dan 19 cm pada bahagian puncak. Inskripsi ini ditulis dalam bahasa Melayu kuno huruf Pallawa. Orang pertama yang mengkaji inskripsi ini ialah Prof. Dr. H. Kern, seorang arkeologi. Pada mulanya dia menganggap Sriwijaya nama seorang raja. Melalui Dr. Coedes, barulah diketahuinya Sriwijaya ialah sebuah kerajaan di Sumatera pada abad ke-7 M. Isi yang tercatat pada inskripsi itu ialah:

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PENGHIBURAN

PENGHIBURAN, majalah sastera.  Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak.  Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali.  Ia diterbitkan dua kali sebulan.  Penghiburan agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen.  Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama.  Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [lih. j. AHMAD NAWAWI MOHD. ALI]

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas