Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kajai;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL RAHIM KAJAI (1894–1943)

Abdul Rahim Kajai (1894-1943) ialah tokoh

sasterawan dan ‘Bapa Kewartawanan Melayu

Moden’. Dia merupakan tokoh wartawan yang ingin

memajukan nasib orang Melayu melalui penanya

iaitu dari tahun 1930 hingga tahun 1943. Di dalam

bidang sastera, dia juga dianggap sebagai ‘Bapa

Cerpenis Melayu’ yang produktif.

UMUM 
ABDUL RAHIM KAJAIABDUL RAHIM KAJAI (1894-1943), penulis dan bapa kewartawanan Melayu.SASTERAKonsep
PENULIS WARTAWAN

PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan.  Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’.  Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka.  Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).  Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail,  Ahmad  Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali.  Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran.

SASTERAKarya
ZABHAZABHA (1910-    ), wartawan.  Dia lahir di Muar, Johor.  Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Haji Alias.  Dia adalah salah seorang yang menggerakkan Jabatan Pengarang Utusan Melayu di hari pelancaran keluaran sulung akhbar tersebut di Queen Street, Singapura pada 29 Mei 1939. Tiga orang lagi ialah Usuf Ishak, Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).SASTERATokoh
CERPEN MALAYSIA

CERPEN MALAYSIA, antologi cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam dua jilid pada tahun 1988. Jilid I diberi judul Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dan diselenggarakan oleh Hashim Awang. Antologi ini memuatkan 56 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis terkenal yang mewakili zaman sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu dari tahun 1920-an hingga tahun 1941; antara lain, termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin Saleh, Kasmani Arif, Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad dan Misbaha. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan guru dan wartawan Melayu.

         

SASTERAKarya
WARTA JENAKAWARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd.  Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad.  Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman.  Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.  Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai.   Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana.SASTERAKarya
OTHMAN KALAM

OTHMAN KALAM (    ?   - 1955), wartawan. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia lahir di Padang Rengas, Perak. Othman menerima pendidikan awal di Hogan English School, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah Tujuh. Kemudian Othman bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang. Semasa berkhidmat di madrasah tersebut, dia mengambil kesempatan mempelajari bahasa Arab hingga akhirnya ditugaskan untuk mengajar bahasa Arab di madrasah yang sama. Teman-teman sejawatnya pada ketika itu termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Syed Alwi al-Hadi, Mohammad Yunus Abdul Hamid dan Zainal Abidin Haji Alias.

SASTERATokoh
PERSATUAN MELAYU SELANGOR

PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan.  Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari).  Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.  Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas