SITOLOGI | Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur sel dapat memberi penjelasan tentang proses pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan bahawa setiap struktur mempunyai fungsi tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan perubahan pada kandungan kimia yang membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga Sel. | UMUM | |
KAJIAN PSIKIK | Kajian psikik ialah nama asal bidang kajian yang kini dikenali sebagai parapsikologi. | UMUM | |
KAJIAN LAMBANG KEBANGSAWANAN | Kajian lambang kebangsawanan ialah kajian tentang sistem simbol yang digunakan bagi mewakili individu, keluarga, negeri dan sebarang institusi seperti gereja dan universiti. | UMUM | |
KAJIAN SOSIAL | Kajian sosial ialah satu program pengajian di sekolah. Kajian sosial menumpukan perhatian kepada individu, kumpulan, dan institusi yang membentuk kehidupan bermasyarakat. | UMUM | |
ALIRAN BENDALIR | Sistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan. Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian. Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan. Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
SEMANTIK | Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa, semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian sejarah mengenai perubahan makna perkataan. | UMUM | |
MORFOLOGI | Morfologi ialah satu cabang sains yang berkaitan dengan struktur haiwan, tumbuh-tumbuhan dan jirim bukan hidup. Morfologi biasanya melibatkan kajian tentang benda hidup. Ia termasuk bidang seperti sitologi, iaitu kajian tentang struktur sel; histologi, kajian tentang struktur tisu; dan anatomi, kajian tentang struktur keseluruhan organisma. Dalam geologi, morfologi ialah kajian tentang bentuk luar batuan. | UMUM | |
KAJIAN ALAM SEMULA JADI | Kajian alam semula jadi bermakna memerhati dan mempelajari benda-benda dalam alam semula jadi. | UMUM | |
LI SIGUANG | Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China. Dia memberi sumbangan penting kepada sains palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi (kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi. Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang membincangkan aspek tegasan dan terikan. Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan penting dalam penemuan beberapa telaga minyak yang besar di China. Karya utamanya termasuk Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central China (1947), dan Introduction to Geomechanics (1962). | UMUM | |
GEOLOGI PETROLEUM | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitan | KEJURUTERAAN | Konsep |