Mac ialah bulan ketiga dalam setahun mengikut
kalender Gregory, yang kini digunakan hampir di
seluruh dunia. Ia adalah bulan pertama dalam
kalendar Rom awal dan dikenali sebagai Martius .
Kemudian, orang Rom purba menjadikan Januari
sebagai permulaan tahun, dan Mac menjadi bulan
ketiga. Mac sentiasa mempunyai 31 hari. Nama Mac
adalah sempena menghormati Mars, dewa
peperangan orang Rom.