PUNCA | Punca dalam matematik, bermakna kuantiti yang menghasilkan kuantiti yang khusus apabila punca itu diambil sebagai faktor untuk beberapa kali yang telah ditetapkan (lihat Faktor ). Berapa kali punca itu diambil sebagai faktor dikenali sebagai indeks . Punca dinamakan daripada indeks- indeksnya. Oleh itu, punca empat bagi 81 ialah 3, kerana 3 X 3 X 3 X 3 = 81. Punca yang mempunyai indeks 2 dan indeks 3 juga dikenali sebagai punca kuasa dua dan punca kuasa tiga . Punca yang positif bagi nombor positif p ditunjuk dengan n √p. Oleh itu, 4 √ 18 = 3 . Simbol √ itu dikenali sebagai tanda radikal . Apabila indeks tidak ditunjuk, maka indeksnya ialah 2. | UMUM | |
SYAITAN | Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka menyesatkan manusia. Dalam al-Qur’an perkataan iblis dan syaitan banyak kali diulang dalam ayat-ayat yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan al-Jin dan al-Jinnah dalam beberapa ayat dalam al-Qur’an yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak kebanyakannya membawa makna syaitan. | UMUM | |
SEDGMAN, FRANK | Sedgman, Frank (1927– ), salah seorang pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950 hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia menjadi orang Australia yang pertama menjuarai acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika, Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman lahir di Melbourne. | UMUM | |
SANTA ANNA, ANTONIO LÓPEZ DE | Santa Anna, Antonio López de (1794–1876) ialah anggota tentera dan ahli politik Mexico. Dia menjadi presiden Mexico sebanyak 11 kali dan sering memerintah sebagai diktator namun dia kerap kali digulingkan. | UMUM | |
KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU | KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU, KAMUS YANG DISUSUN OLEH Abdullah Hussain dan diterbitkan untuk kali pertama oleh Oxford University Press pada tahun 1965. Cetakan kedua diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Versi ini telah diperbaiki dan diterbitkan pada tahun 1975. Kamus ini juga diulang cetak beberapa kali dan kali terakhirnya ialah pada tahun 1993. Dalam versi terakhir ini, ejaannya disesuaikan dengan ejaan baru. | BAHASA | Penerbitan |
SUPERNOVA | Supernova ialah sebuah bintang yang meletup dan menjadi berbilion kali ganda lebih terang daripada matahari sebelum beransur-ansur lenyap. Pada tahap yang paling terang, supernova mungkin bersinar lebih terang daripada terangnya sesuatu galaksi. Letupan itu mengeluarkan kepulan debu dan gas ke angkasa lepas. Jisim bahan yang terbuang itu mungkin melebihi 10 kali ganda jisim matahari. | UMUM | |
MAGNETOHIDRODINAMIK | Magnetohidrodinamik, sering kali disingkatkan sebagai MHD, ialah kajian tentang cara medan elektrik dan medan magnet bersaling tindak dengan bendalir yang mengalirkan arus elektrik. Bendalir ini termasuk logam cecair dan gas yang terion pada kadar yang amat tinggi yang disebut sebagai plasma. MHD memainkan peranan penting dalam pembinaan penjana kuasa dan sistem pendorongan yang menggunakan bendalir yang mengalirkan arus elektrik. MHD juga membantu ahli sains memahami kesan elektrik dan kesan magnet di sekeliling bumi dan di matahari. Kesan ini termasuk tompok matahari, ribut magnet dalam medan magnet bumi, dan aurora (cahaya utara dan selatan). | UMUM | |
ROOSEVELT, FRANKLIN DELANO | Roosevelt, Franklin Delano (1882–1945) adalah satu-satunya presiden Amerika Syarikat yang dipilih sebanyak empat kali. Dia berkhidmat sebagai presiden selama lebih 12 tahun, dari tahun 1933 hingga tahun 1945, lebih lama daripada orang lain. Dia meninggal dunia 83 hari selepas menjadi presiden untuk kali keempat. | UMUM | |
OPERA | Opera ialah drama yang pelakonnya menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik. Opera berkemungkinan merupakan yang paling kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali balet atau beberapa bentuk tarian yang lain. | UMUM | |
EDOM | Edom ialah kerajaan purba yang kerap kali disebut dalam Kitab Perjanjian Lama. | UMUM | |