Seaborg, Glenn Theodore (1912–1999), ahli kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia kerana penemuan unsur plutonium (Pu), amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya menyumbang kepada penemuan einstenium (Es), mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta secara artifisial. |