Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak dapat dimasuki air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak dpt diserapi (dimasuki) air; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalis (adjektif)
1. Bersinonim dengan pudar: suram

2. Bersinonim dengan tidak dapat dimasuki: tidak dapat ditembusi, tidak dapat dijangkiti,
Berantonim dengan bersinar.


Peribahasa

Air di daun keladi (= talas).

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACINTOSH CHARLES

Macintosh Charles ( 1766–1842), ahli kimia dan

pereka British, yang terkenal kerana mencipta fabrik

kalis air. Mackintosh, iaitu pakaian luar kalis air

dinamakan sempena namanya.

UMUM 
KAIN MINYAK

Kain minyak ialah kain berat, kalis air yang

digunakan untuk menutup meja dan dinding yang

mesti kerap dicuci.

UMUM 
SWAN

Swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan

itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan

mempunyai paruh leper; leher panjang; bulu

pelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan

kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan

swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih

panjang lagi daripada itik dan angsa.

UMUM 
LILIN PARAFIN

Lilin parafin ialah pepejal yang melekit,

berwarna putih, sebahagiannya jernih yang tidak

berbau atau tidak berasa. Lilin parafin membentuk

lapisan kalis lembapan, dan digunakan untuk

membuat bekas kadbod kalis air seperti karton

susu. Ia juga adalah bahan utama untuk membuat

lilin.

UMUM 

Kembali ke atas