Potasy ialah nama komersial bagi sekumpulan
garam yang mengandungi unsur kalium. Jenis
potasy yang paling penting ialah kalium klorida
(KCl), yang digunakan terutamanya untuk membuat
baja. Kira-kira 95 peratus daripada potasy yang
diproses di seluruh dunia ditapis menjadi baja.
Potasy juga digunakan dalam pembuatan sabun
dan bahan pencuci, kaca, seramik, tekstil,
pencelup, bahan kimia, dan ubat.
Thanks for clicking. That felt good.