Taylor, Brook (1685–1731), ahli matematik Inggeris yang memperkembangkan rumus yang menjadi asas kalkulus beza terhingga (lihat Kalkulus ). Rumus ini, yang dikenal sebagai Teorem Taylor , muncul dalam Methodus Incrementorum Directa et Inversanya (1715–1717) yang ditulis olehnya. Taylor lahir di Edmonton, kini sebahagian daripada London. Dia belajar di St. John’s College, Cambridge. Dia menjadi setiausaha Royal Society dari tahun 1714 hingga tahun 1718. |