STEPHEN KALONG NINGKAN | STEPHEN KALONG NINGKAN, Datuk (1920-1997), ahli politik, Ketua Menteri Sarawak yang pertama (1963-1966). Dia lahir di Betong, Saribas, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Augustine Betong, Saribas. Kemudian dia menyambung pelajarannya ke Regent Institute, London dan Metropolitan College, St. Albans. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SNAP | SNAP, parti politik. SNAP ialah singkatan Sarawak National Party. Parti ini ditubuhkan pada bulan Mac 1961. Melihat perkembangan di kalangan orang Cina dan orang Melayu yang telah menubuh parti-parti politik masing-masing, orang Iban takut kedudukan mereka terancam di samping menaruh perasaan curiga terhadap Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Parti Negara Sarawak (PANAS). Mereka juga ingin menjaga kepentingan komuniti mereka. Oleh itu SNAP ditubuhkan oleh Stephens Kalong Ningkan dari Bahagian Kedua. Kebanyakan ahli SNAP terdiri daripada para pekerja di Shell Oil Company di Brunei dan Miri. Parti ini diasaskan di Brunei, tetapi Stephens Kalong Ningkan kemudian meletak jawatan dalam Shell kerana berpindah ke Kuching. Semua ahli Jawatankuasa Tertinggi SNAP datang dari daerah Saribas di Bahagian Kedua. Penduduk Iban di sini telah menerima pendidikan Inggeris semasa pemerintahan Brooke. Oleh yang demikian mereka mudah bergerak dari segi sosial dan ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |