Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kal.sit] | کلسيت

Definisi : (Kim) kalsium karbonat semula jadi yg berbentuk hablur, dan merupakan juzuk utama batu kapur, batu marmar, kapur, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kal.sit] | کلسيت

Definisi : ist kalsium karbonat semula jadi yg berbentuk hablur, dan merupakan kandungan utama batu kapur, batu marmar, kapur, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalsit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STALAGMIT

Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul

dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur.

Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang

menitis ke lantai dari dinding dan bumbung

sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut,

iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air

memasuki persekitaran gua itu, air tersebut

kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan

kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang

berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu

yang terbalik.

UMUM 
KALSIT

Kalsit adalah satu daripada mineral yang paling

banyak didapati di bumi. Ia adalah bentuk kalsium

karbonat yang paling stabil. Formula kimianya ialah

CaCO3.

UMUM 
MARMAR

Marmar ialah batuan yang banyak digunakan

dalam bangunan, tugu, dan seni arca. Marmar

mengandungi terutamanya kalsit atau dolomit, atau

campuran kedua-dua mineral karbonat ini.

UMUM 
MARL

Marl ialah nama biasa bagi batu lumpur berkapur,

iaitu sejenis batuan yang mengandungi amaun

tanah liat dan kalsit atau dolomit yang hampir-

hampir sama.

UMUM 
BATU KAPUR

Batu kapur, sejenis batuan endapan kimia, yang terdiri daripada bahan karbonat iaitu mineral kalsit, CaCO­­3.  Batuan ini kira-kira 10% dari kesemua batuan endapan di dunia. 

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi

Kembali ke atas