KAMERA | Kamera ialah alat yang digunakan untuk mengambil gambar atau membuat filem. | UMUM | |
KAMERA VIDEO | Kamera video ialah satu alat yang merakam imej dan menukarkannya menjadi isyarat elektronik untuk ditonton melalui sebuah peti televisyen. | UMUM | |
KAMERA OBSKURA | Kamera obskura ialah kotak yang digunakan untuk melakarkan objek besar. Istilah ini bermaksud kamar gelap. | UMUM | |
KAMERA LUSIDA | Kamera lusida ialah alat melakar yang terdiri daripada prisma segi empat dan kaca pembesar yang dilekatkan pada bingkai. Istilah ini bermaksud kamar terang . | UMUM | |
STEREOSKOP | Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak sepertimana mata kita melihat benda. Walau bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak jauh daripada satu sama lain boleh bertindak seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil gambar objek yang sama pada waktu yang sama. Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu yang menggunakan stereoskop boleh melihat sekeliling semua benda. | UMUM | |
ANIMASI | Animasi ialah teknik filem yang membolehkan pembuat filem menghasilkan ilusi pergerakan, bukan merakamkannya dengan kamera sebagai aksi hidup. | UMUM | |
TERMOGRAFI | Termografi ialah teknik pengesanan yang menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai termograf digunakan untuk menghasilkan termogram (gambar haba). Termografi digunakan dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain. Termograf kelihatan seperti kamera TV yang disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan inframerah. | UMUM | |
TALBOTAIP | Talbotaip ialah sejenis gambar yang dihasilkan menggunakan proses fotografi terawal. Nama ini sempena nama penciptanya, W.H. Fox Talbot, ahli sains Inggeris. Dia mula menjalankan proses ini pada tahun 1839. Dia membuat sehelai kertas yang sensitif kepada cahaya dengan merendamnya beberapa kali dalam larutan sodium klorida dan nitrat-perak. Kemudian, dia mendedahkan kertas itu kepada cahaya dalam kamera atau cahaya matahari. Garam perak membentuk imej negatif, bertukar menjadi gelap apabila terkena cahaya. Selepas memproses negatif utama ini dengan larutan garam, dia boleh mencetak seberapa banyak kertas positif. | UMUM | |
MORFOLOGI TUMBUHAN | Morfologi tumbuhan, kajian kepelbagaian rupa bentuk struktur, susunan dan perkembangan organisma melalui penglihatan mata, teropong atau kamera. | BIOLOGI | Konsep |