Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : kamper,kumpar,kamhar,kampak

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kampar

Peribahasa

Karam sambal oleh belacan.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHD. SALLEH DAUDMOHD.  SALLEH DAUD (1923-1995), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 17 November 1923 di Kampar, Perak. Selain menggunakan  nama Salleh Daud, dia juga menggunakan nama pena M.S. Daud. Mohd. Salleh mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Temoh dan kemudian dia meneruskan pelajaran di Anglo Chinese School, Kampar hingga lulus Junior Cambridge. Dia juga pernah menuntut di Anderson School, Ipoh hingga lulus Senior Cambridge. SASTERATokoh
DATO' BAHAMAN

DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang.

   

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAJAHAN

JAJAHAN,   wilayah yang diletakkan secara khusus di bawah pemerintahan sesebuah negeri.  Perkataan jajahan hanya digunakan sekali-skala dalam teks awal yang berbahasa Melayu seperti Sejarah Melayu.  Pada zaman Kesultanan Melaka, jajahan telah mengetepikan wilayah yang tidak ditadbir secara langsung seperti Siak, Inderagiri dan Kampar.  Ketiga-tiga wilayah tersebut telah diperintah oleh beberapa orang raja yang dilantik oleh kerajaan pusat di Melaka dan hanya dikenal sebagai tanah atau negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SULTAN IDRIS MURSYIDUL A'DZAM SYAH IKapsyen          :           Sultan Idris Mursyidul A’dzam Syah I

 

SULTAN IDRIS MURSYIDUL A’DZAM SYAH I (1848-1916), Sultan Perak yang ke-28 (1887-1916). Baginda diputerakan pada 19 Jun 1848 di Kuala Keboi, Kampar, Perak. Baginda adalah putera ketiga Bendahara Raja Alang Iskandar dan sepupu kepada Sultan Abdullah (1874-1876).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas