PENAJIS | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830. Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau. Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut . Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh. Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh Datuk Najuh. Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ABDUL AZIZ ABBAS | ABDUL AZIZ ABBAS (1941- ), penulis, Dia lahir pada 1 April 1941 di Kampung Tanjung Bayan, Teluk Intan, Perak. Aziz pernah menggunakan nama samaran Adly Azamin. | SASTERA | Konsep |
PERANG ROKAM | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG ROKAM, pertempuran yang berlaku antara askar upahan British dengan penduduk Kampung Serkam, Melaka. Perang ini berlaku disebabkan pengenalan cukai oleh pihak British di Kampung Serkam. Nama Rokam dipercayai mengambil sempena nama Kampung Serkam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SU'UT TAHIR, TAN SRI | Kapsyen1"> :1"> Su’ut Tahir SU’UT TAHIR, Tan Sri (1909-1981), penentang penjajahan British, ahli politik. Dia lahir pada 7 Jun 1909 di Kampung Masjid, Kuching, Sarawak. Su’ut mendapat pendidikan awal di Madrasah Melayu Sarawak, Kuching, hingga Darjah Enam. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah St. Thomas, Kuching, hingga Darjah Lima. Setelah tamat belajar, dia bekerja di Hospital Kuching sebagai pembantu perubatan selama lebih 20 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III | Kapsyen1"> :1"> Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
A. BOLLY ASMARA | A. BOLLY ASMARA (1938-1985), penyair. Dia lahir pada 1 Ogos 1938 di Kampung Takis, Papar, Sabah. Nama sebenarnya ialah Suhaibul Ahmad. | SASTERA | Konsep |
RAZAK MAMAT | RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka. | SASTERA | Tokoh |
MOHAMED NASIR, DATO' | MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977). Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya. Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI | Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996), Ketua Turus Angkatan Tentera (1969-1970). Beliau lahir pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau, Rompin, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan dan Government English School dan kemudiannya memasuki Special Malay Class pada tahun 1937. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ADAT PERKAHWINAN SEMELAI | ADAT PERKAHWINAN SEMELAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semelai di Semenanjung Malaysia. Mereka sangat menggalakkan bentuk perkahwinan endogami iaitu perkahwinan antara ahli dalam satu kelompok atau kampung tetapi bukan di kalangan ahli keluarga atau saudara terdekat. 1"> | BUDAYA | Konsep |