YAHYA AHMAD, TAN SRI | YAHYA AHMAD, Tan Sri (1947-1997), ahli korporat. Dia lahir di Dungun, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga tahun 1966. Semasa di bangku sekolah, dia aktif dalam sukan ragbi dan pasukan kadet. Yahaya pernah mengajar di Sekolah Bukit Besi, Dungun sebelum melanjutkan pelajarannya di Loughborough College, England, pada tahun 1967. Dia mengambil jurusan kejuruteraan automotif dan lulus pada tahun 1970. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED NASIR, DATO' | MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977). Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya. Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CIREBON | CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SENU ABDUL RAHMAN, TAN SRI | SENU ABDUL RAHMAN, Tan Sri (1919- ), ahli politik. Dia lahir pada 10 Oktober 1919 di Jitra, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Kampungnya pada tahun 1927. Selepas tamat pendidikan sekolah Melayu, Senu menjadi guru pelatih selama setahun. Kemudian dia dipilih mengikuti latihan perguruan di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim, Perak. Selepas tamat, Senu balik ke Kedah untuk mengajar (1939-1941). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZAM ISMAIL | ZAM ISMAIL (1943- ), penulis. Dia lahir pada 19 Mei 1943 di Kampung Parit Rasipan, Batu Pahat, Johor. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ismail bin Jamjam. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Bukit Zaharah dan Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim Perak hingga lulus Sijil Pelajaran Seberang Laut pada tahun 1961. Kemudian dia memasuki Maktab perguruan Johor Bharu. Setelah beberapa waktu mengajar, dia berjaya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya dan berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1971. Dia mendapat ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1983 dari University of Northern Iowa, Amerika Syarikat. Selepas itu, dia kembali berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Penolong Pengarah sebelum dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Penuntut Malaysia, di Jakarta pada tahun 1991. | SASTERA | Tokoh |
MUSA AHMAD | MUSA AHMAD (1921-1995), nasionalis, bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) dan salah seorang pemimpin Rejimen ke-10. Dia lahir di Pengkalan Baru, Ipoh, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di kampungnya, pendidikan agama di Sekolah al-Mashor, Pulau Pinang (1934-1941) dan Sekolah Lanjutan Anglo-Chinese, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHARIFF MEDAN | SHARIFF MEDAN (1910-1997), pelakon bangsawan, filem dan drama radio. Dia lahir pada 2 Jun 1910 di Banda Aceh, Kampung Penayung, Sumatera, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Muhammad Shariff bin Muhammad Ismail. Dia mendapat pendidikan dasar di Hollandsch Inlandsche School di kampungnya. Pengajiannya tidak tamat kerana terpaksa menyara hidup dengan bekerja di kilang atap dan di bengkel besi milik syarikat Belanda. | BUDAYA | Tokoh |
RASHID MAIDIN | RASHID MAIDIN (1917- ), salah seorang pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir pada bulan Oktober 1917 di Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Dia dibesarkan dalam keluarga miskin dan dia adalah anak sulung. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng, Perak hingga Darjah Lima. Dia belajar di sekolah agama di kampungnya pada sebelah petang. Kemiskinan keluarga telah memaksa Rashid menamatkan pelajarannya pada tahun 1928 dan mencari pekerjaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SITI TANJUNG PERAK | SITI TANJUNG PERAK (1912-1992), pelakon filem. Dia lahir di Bugis, Pulau Sulawesi, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Siti Sundari Samad. Dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya tamat sekolah desa. Semasa berumur belasan tahun, dia telah lari dari kampungnya untuk mengelakkan daripada kahwin paksa dan telah menyertai kumpulan bangsawan `Taman Setia’ pada tahun 1929. Nama Siti Tanjung Perak diperolehinya kerana dia sering mendendangkan lagu “Tanjung Perak” ketika mengadakan persembahan bangsawan di seluruh Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu. | BUDAYA | Tokoh |
RUMAJA MALAYA | RUMAJA MALAYA (1930 - ), penulis. Dia lahir pada 10 Mac 1930 di Kampung Bukit Kecik, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Kedah. Nama sebenarnya ialah Abdul Hamid Haji Hashim. Dia juga menggunakan nama pena Hamidi Anuar. Rumaja Malaya mendapat pendidikan awal sekolah Melayu di kampungnya hingga tamat darjah empat. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat hingga darjah empat tahun 1949. | SASTERA | Tokoh |