UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, universiti keenam di Malaysia. Universiti ini ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Hasrat utamanya adalah bagi menambahkan tenaga pengurus yang mahir dan menampung bilangan pelajar ke peringkat pengajian tinggi yang sentiasa meningkat. Kampus sementara Universiti Utara Malaysia (UUM) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Walaupun berupa kampus sementara tetapi lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan seperti Pusat Komputer, Dewan Besar, kemudahan rekreasi, kompleks sukan dan sebagainya di kawasan seluas 64 ekar. Kampus sementara UUM sekarang ini diambil alih oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
INSTITUT BAHASA | INSTITUT BAHASA, institusi pendidikan. Institusi ini dimulakan pada tahun 1958 di kampus sementaranya di Bukit Senyum, Johor Bharu. Nama asalnya ialah Maktab Bahasa. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
HIMPUNAN MAHASISWA ISLAM | HIMPUNAN MAHASISWA ISLAM, organisasi mahasiswa tertua di Indonesia. Himpunan Mahasiswa Islam atau ringkasnya HMI sangat terkenal di kalangan masyarakat kampus terutama para aktivis pengajian tinggi di Indonesia. Orgasisasi ini ditubuhkan pada 5 Februari 1947 di kota Yogyakarta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, universiti kedua dibuka di Malaysia selepas Universiti Malaya. Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada tahun 1969 dan sehingga tahun 1972, dikenali dengan nama Universiti Pulau Pinang. Kampus USM terletak di kawasan bukit bertentangan dengan Jabatan Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
UNIVERSITI MALAYA | UNIVERSITI MALAYA, universiti yang pertama di Malaysia. Sejarah universiti ini bermula di Singapura dengan percantuman antara dua institusi pendidikan terkenal, Kolej King Edward VII (ditubuhkan pada tahun 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada tahun 1927). Pada tahun 1959, sebuah kampus cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Universiti Malaya Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sebuah universiti secara rasmi pada 1 Januari 1962. Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama ialah Datuk Alexander Oppenheim diikuti oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr. Syed Hussein al-Attas, Profesor Datuk Mohd. Taib Osman dan Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA | MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA, maktab latihan perguruan bagi guru wanita yang pertama di Malaysia. Maktab ini dibuka secara rasmi pada 31 Januari 1935 dengan nama The Malay Women’s Training College (MWTC). Maktab ini terletak di kawasan kampus seluas 17 hektar di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Kerajaan kolonial memilih Melaka kerana sifat historikal dan kedudukannya yang strategi. Di samping itu terdapat sebuah bangunan hospital yang telah dikosongkan dan diubahsuai untuk dijadikan maktab tanpa perbelanjaan yang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA | JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA, jabatan yang ditubuhkan untuk memajukan pengajian Melayu pada tahun 1952 di Universiti Nasional Singapura (dahulunya dikenal sebagai Universiti Malaya). Jabatan ini diketuai oleh Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Pada tahun 1960, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (JPMUNS) telah dipindahkan ke Kuala Lumpur apabila kampus baharu Universiti Malaya dibuka. Oleh itu, di Universiti Malaya, Singapura tidak ada Jabatan Pengajian Melayu hingga tahun 1967 apabila sebuah jabatan baharu ditubuhkan dan diketuai oleh Profesor Syed Hussein Alatas. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PAMUSUK ENESTE | PAMUSUK ENESTE (1951- ), penulis Indonesia. Dia lahir di Padang Matinggi, Sumatera Utara, Indonesia. 'Eneste' sebenarnya ialah 'Nst' iaitu singkatan bagi Nasution, satu marga di daerah Tapanuli, Sumatera Utara. Pamusuk mengikuti kursus dalam Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta pada tahun 1977. Di Universitas Indonesia, dia pernah menjadi pemimpin redaksi majalah kampus, Tifa Sastra (1972-1978). Dia juga menjadi pengarang budaya akhbar kampus, Salemba (1976-1978). | SASTERA | Tokoh |
FIRDAUS ABDULLAH | FIRDAUS ABDULLAH (1944 - ), penulis. Dia lahir pada 3 Jun 1944 di Kuang, Selangor. Dia mendapat ijazah Sarjana Politik dari Ohio University (1971), ijazah Sarjana Falsafah (1975) dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (1980), kedua-duanya dari Columbia University, Amerika Syarikat. Firdaus pernah bekerja dengan kumpulan akhbar The New Straits Times sebagai wartawan Berita Harian; pengajar Bahasa Melayu dan ‘Malaysian Civics’ kepada sukarelawan Amerika di Kampus Hilo, University of Hawai, Amerika Syarikat serta menjalankan tugas sebagai pensayarah di Universiti Malaya. | SASTERA | Tokoh |