Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanada


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANADA, SEJARAH UMUM 
KANADA, KERAJAAN. UMUM 
KANADA

Kanada ialah negara kedua terbesar di dunia,

dari segi keluasan selepas Rusia. Kanada

merentangi benua Amerika Utara, dari

Newfoundland di pinggir laut Atlantik hingga ke

British Columbia di pinggir laut Pasifik.

UMUM 
PERISAI KANADA

Perisai Kanada ialah kawasan besar dan

berbatu yang melengkung di sekeliling Teluk

Hudson . Bentuknya seperti ladam kuda gergasi.

Perisai ini merangkumi separuh daripada kawasan

bumi di Kanada. Ia termasuk kebanyakan Pulau

Baffin, semua kawasan Labrador, sembilan per

sepuluh Quebec, lebih separuh Ontario dan

Manitoba , dan sebahagian besar Saskatchewan

dan Wilayah Barat Laut.

UMUM 
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA

Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada

(RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa

undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan

Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok

dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini,

pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak

lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi

buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang

pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis

Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata

organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit

(Pertahankan yang benar).

UMUM 
THOMPSON, DAVID

Thompson, David (1770–1857) ialah ahli

geografi dan penjelajah Kanada yang menjelajah

Sungai Columbia dari puncanya di Kanada

sehingga muaranya di Amerika Syarikat. Dia

menjelajah kawasan yang luas di Kanada dan

mengukur punca paling utara Sungai Mississippi

di Amerika Syarikat. Dari tahun 1816 hingga

tahun 1826, dia menjadi juruukur sempadan

Amerika Syarikat-Kanada.

Thompson lahir di Westminster, London,

England dan mendapat latihan di Hudson Bay

Company ketika berusia 14 tahun. Thompson

bekerja di North West Company dari tahun 1797

hingga tahun 1812.

UMUM 
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 
ANGSA KANADA

Angsa Kanada ialah angsa liar yang biasa di

Amerika Utara. Ia diperkenalkan di bahagian lain

di dunia, termasuk Eropah Barat di tempat ia

terdapat dengan banyak.

UMUM 
NEWFOUNDLAND

Newfoundland (pend. 568 474) merupakan

provinsi Kanada yang paling baru. Provinsi ini

termasuklah pulau Newfoundland dan pantai

Labrador , sebahagian daripada tanah besar

Kanada. Newfoundland menjadi sebuah provinsi

Kanada pada tahun 1949. St. John merupakan ibu

provinsi dan bandar yang terbesar di

Newfoundland . Bandar yang sibuk ini adalah

antara komuniti yang tertua di Amerika Utara.

Ketam, udang karang dan kekapis hidup di

sepanjang pantai Newfoundland.

UMUM 
ONTARIO

Ontario (pend. 10 084 885) ialah provinsi Kanada.

Kira-kira satu per tiga daripada penduduk Kanada

tinggal di Ontario. Industri perkhidmatan

mendatangkan pendapatan yang besar kepada

Ontario. Industri pembuatan di Ontario

mengeluarkan keluaran yang sama banyak

dengan keluaran sembilan provinsi lain yang

digabungkan. Ontario merupakan provinsi

pertama antara provinsi Kanada yang meraih

pendapatan melalui pertanian dan menduduki

tempat kedua selepas Alberta dalam bidang

perlombongan. Ontario mempunyai lombong

nikel, uranium, dan emas.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas