Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cil] | کنچيل

Definisi : 1. sj mamalia menceruh yg kecil, tidak bertanduk yg terdapat di bahagian tropika Asia dan Afrika Barat; 2. ki orang yg cerdik (pintar); akal ~ tipu muslihat yg licin, cerdik (dgn tipu muslihatnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cil] | کنچيل

Definisi : 1 nama sj binatang seakan-akan pelanduk tetapi lebih kecil, Tragulus pygmoeus. 2 ki orang yg cerdik atau pintar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kancil

Peribahasa

Gajah berak besar,
     kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar,
akhirnya mati kebebangan.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANCIL

Kancil atau dikenali juga sebagai pelanduk ialah

haiwan kecil berbulu licin, bermuncung tajam,

telinga bulat dan berekor kecil. Nama saintifiknya

Tragulus Javanicus.

UMUM 
HIKAYAT SANG KANCILHIKAYAT SANG KANCIL, sastera jenis cerita jenaka. Hikayat ini ditulis oleh Daeng Abdul Hamid dari Perak, kemudian ditulis kembali oleh R.O. Winstedt. Naskhah ini mengandungi 20 buah cerita.SASTERAKarya

Kembali ke atas