TIKUS KANGGARU | Tikus kanggaru ialah rodensia yang melompat seperti kanggaru dengan menggunakan kaki belakangnya yang panjang dan kuat. Tikus kanggaru membesar hanya kira-kira 38 sentimeter panjangnya termasuk ekornya sepanjang lebih daripada 20 sentimeter. Ia mempunyai kaki depan yang pendek, kepala dan mata yang besar. Bulunya yang lembut berkilat berwarna kuning atau perang di bahagian atas dan putih di bahagian bawah. | UMUM | |
KANGGARU | Kanggaru ialah haiwan berbulu yang melompat dengan kaki belakang. Kanggaru ialah anggota terbesar dalam kumpulan mamalia yang dikenali sebagai marsupial. | UMUM | |
TAPAK KAKI KANGGARU | Tapak kaki kanggaru ialah tumbuhan berbunga yang tumbuh hanya di Australia Barat. Terdapat kira-kira 10 spesies tapak kaki kanggaru. Tumbuhan ini mempunyai daun yang sempit, yang tumbuh terus dari tanah, dan tangkainya yang panjang, kurus mengeluarkan kuntuman bunga. | UMUM | |
PULAU KANGGARU | Pulau Kanggaru ialah pulau terbesar yang terletak di luar pesisir Australia Selatan. Panjangnya ialah 145 kilometer dan 44 kilometer lebar di bahagian yang paling lebar. Keluasannya ialah 4300 kilometer persegi dan merupakan pulau ketiga terbesar di perairan Australia. Pulau ini terletak kira-kira 145 kilometer di selatan Adelaide. Ia dipisahkan dari daratan oleh Selat Investigator. | UMUM | |
MAHKAMAH KANGGARU | Mahkamah kanggaru ialah istilah slanga bagi kumpulan orang yang tidak diberi kuasa, yang menghukum sendiri sesuatu kesalahan dengan bertindak sebagai mahkamah. Kumpulan seperti ini selalunya mengetepikan prinsip undang-undang dan keadilan serta mengenakan hukuman yang tidak adil dan keterlaluan. | UMUM | |
OPOSUM | Oposum ialah mana-mana anggota famili mamalia berbulu yang hidup di Hemisfera Barat. Oposum betina membawa anaknya dalam kantung pada abdomennya. Oposum, kanggaru, dan mamalia-mamalia lain yang melahirkan anak yang benar-benar tidak terbina dinamakan marsupial. Oposum adalah satu-satunya marsupial yang berasal dari Amerika Utara. Ia hidup dari Ontario di Kanada ke arah selatan hingga ke Amerika Selatan. | UMUM | |
SPRINGHARE | Springhare ialah rodensia yang hidup di timur dan selatan Afrika. Ia juga dikenali sebagai springhaas, atau Cape jumping hare. Springhare hidup dalam lubang yang panjang dalam tanah yang mempunyai satu atau banyak tempat masuk. Haiwan ini aktif terutamanya pada waktu malam. Springhare sering meloncat seperti kanggaru, hanya menggunakan kaki belakangnya yang panjang. Ia mungkin meloncat sejauh 3 meter dalam satu loncatan. | UMUM | |