KANJI | Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu (tapioka). | UMUM | |
SAGU | Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah yang mampung atau empulur, daripada pelbagai pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan masakan komersial. Tepung sagu digunakan kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan utama orang Hindia Timur. | UMUM | |
TEPUNG UBI KAYU | Tepung ubi kayu ialah kanji makanan yang banyak digunakan untuk membuat kuih. Ia diambil daripada akar ubi kayu, iaitu tumbuhan tropika dalam famili yang sama dengan kacang jarak . Kuih yang dibuat daripada tepung ubi kayu adalah berkhasiat dan mudah dihadam. | UMUM | |
DEKSTRIN | Dekstrin ialah bahan melekit yang terbentuk semasa pemecahan kimia kanji. Sesetengah dekstrin digunakan sebagai musilaj (gam) pada setem pos dan sampul surat. Dekstrin juga digunakan dalam menentukan saiz kertas dan tekstil. | UMUM | |
DEKSTROSA | Dekstrosa ialah nama yang digunakan dalam industri bagi gula glukosa kristal tulen. Ia biasanya dijual dalam bentuk granul (butir) halus dan putih. Dekstrosa dihasilkan secara komersial dengan merawat kanji dengan enzim amilase atau memasukkan kanji ke dalam air yang bercampur dengan larutan asid hidroklorik cair. | UMUM | |
MALTOSA | Maltosa ialah nama kimia bagi gula malt. Pembentukan maltosa ialah langkah pertama dalam proses pencernaan makanan berkanji. Enzim ptialin dalam air liur menukarkan kanji ke maltosa. Enzim lain memecahkan maltosa ke glukos (lihat Glukos). | UMUM | |
SAKARIDA | Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein membentuk dua kelas yang lain. Sakarida dikelaskan mengikut struktur kimianya. Monosakarida, yang mempunyai struktur paling ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain, monosakarida tidak boleh terurai menjadi karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat dengan asid cair atau melalui tindakan enzim tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja), terdiri daripada dua molekul monosakarida yang disambungkan dengan satu atom oksigen. Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat Karbohidrat. Lihat juga Kanji. | UMUM | |
KELADI | Keladi ialah tanaman makanan yang utama di kebanyakan negara tropika. Bahagian yang boleh dimakan pada tanaman keladi ini ialah ubinya. Bahagian yang membesar daripada batang pokok ini hidup di dalam tanah dan menyimpan makanan untuk tanaman itu. Ubi tersebut mengandungi banyak kanji dan air, dan sedikit gula. Sesetengah ubi mengandungi racun yang boleh menyebabkan penyakit jika ia tidak dimusnahkan semasa memasak. Ubi sesetengah keladi jenis liar menghasilkan sebatian yang disebut saponin yang boleh digunakan untuk membuat kortison dan jenis dadah tertentu yang lain. | UMUM | |
BIOPOLIMER | Biopolimer ialah polimer yang terdapat secara semula jadi. Kanji, protein dan peptida, DNA dan RNA adalah contoh biopolimer yang terdiri daripada unit monomer gula, asid amino dan asid nukleik. | BIOLOGI | Sifat/Keadaan |
MUSILAJ | Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit, yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca. Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji) dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj. Lihat juga Gam arab; Glu. | UMUM | |