Tasik Lucerne, menjadi latar beberapa pengembaraan patriot Swtizerland yang menjadi legenda, William Tell (lihat Tell, William ). Ia terletak di tengah Switzerland. Untuk lokasi Tasik Lucerne, lihat Switzerland (peta). Nama Jerman untuk tasik ini ialah Vierwaldstätter See , atau Tasik Empat Kanton Hutan . Empat buah kanton (negeri) yang berhutan – Lucerne, Schwyz, Uri dan Unterwalden – mengelilinginya. Tasik Lucerne meliputi kawasan seluas 114 kilometer persegi. Ia berbentuk seakan-akan salib. Tasik ini panjangnya 39 kilometer dan lebarnya tiga kilometer. |