Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.vas] | کنۏس

Definisi : 1. sj kain yg tebal dan kuat (digunakan utk khemah dll), kain terpal; 2. sj kain yg tebal digunakan utk melukis (terutamanya lukisan cat minyak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.vas] | کنۏس

Definisi : kain yg kasar dan tebal utk khemah dll; kain terpal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanvas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANVAS

Kanvas ialah kain yang kasar dan kuat. Namanya

berasal daripada perkataan Latin yang bermakna

hem, yang pada asalnya digunakan untuk membuat

kanvas.

UMUM 
PETIT POINT

Petit point ialah bentuk sulaman yang halus,

selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus.

Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan

kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala

dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau

jahit setengah (half stitch).

UMUM 
DUK

Duk ialah kanvas ringan yang biasanya dibuat

daripada linen, kapas atau serat sintetik yang

ditenun kosong atau tidak bercorak.

UMUM 
TITIK JARUM

Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang

jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik

jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia

digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet,

upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik

jarum pernah dikenali sebagai dewangga.

Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas.

Penyulam menggunakan jarum dewangga yang

tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini

termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau

yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben.

Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas

permukaan jejaring.

UMUM 
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM 
IREZUMI

Irezumi, seni cacah pada kulit manusia. Ia adalah satu-satunya seni kanvas manusia yang pertama kerana menggunakan kulit manusia dan bukan kulit haiwan.

KESENIANKaedah

Kembali ke atas