Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit yg menjadi keras (di kaki dll), belulang; kapalan berbelulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kapal (kata nama)
Bersinonim dengan bahtera, lancang, keci, kapal layar, jong, feri.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERUSAN KIEL

Terusan Kiel adalah jalan air yang merupakan

jalan pintas bagi kapal-kapal yang belayar dari Laut

Utara ke Laut Baltik. Pada suatu masa dahulu, ia

dikenali sebagai Terusan Kaiser Wilhelm. Nama

Jerman yang rasmi ialah Nord-Ostsee-Kanal

(Terusan Laut Utara-Timur). Ia memendekkan

pelayaran mengelilingi Denmark dengan jarak

melebihi 480 kilometer. Terusan ini terletak di

utara Jerman. Ia bermula dari Brunsbüttelkoog di

muara Sungai Elbe hingga Holtenau berhampiran

Kiel, iaitu bandar pelabuhan Baltik. Terusan ini

dinamakan serupa nama bandar pelabuhan Kiel.

Pembinaan Terusan Kiel dimulakan oleh

kerajaan Jerman pada tahun 1887, dan siap pada

tahun 1895. Semenjak itu, terusan ini telah

diperluaskan. Julat kelebaran terusan ini ialah

antara 102 meter hingga 162 meter, dalamnya 11

meter dan panjangnya 98.5 kilometer. Bom-bom

tentera Berikat merosakkan terusan ini semasa

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
MISSOURI

Missouri, sebuah kapal. Lihat Perang Dunia II

(Kemenangan di Pasifik).

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM 
MITCHELL, REGINALD JOSEPH

Mitchell, Reginald Joseph (1895–1937) ialah

jurutera penerbangan British yang mereka bentuk

Spitfire, iaitu kapal terbang pejuang Britain yang

terkemuka semasa Perang Dunia II. Dia menyertai

Vicker Aviation Ltd. pada tahun 1916. Joseph

Mitchell menjadi ketua pereka dan

bertanggungjawab terhadap kapal terbang laut

Vickers Supermarine yang memenangi Trofi

Schneider tiga kali berturut-turut antara tahun 1927

hingga tahun 1931 (lihat Trofi Schneider).

Supermarine S6, pemenang Trofi Schneider pada

tahun 1931, ialah kapal terbang pertama yang

melebihi kelajuan 644 kilometer (400 batu) sejam.

Mitchell lahir berhampiran Stoke-on-Trent, di

Staffordshire, England.

UMUM 
DOOLITTLE, JAMES HAROLD

Doolittle, James Harold (1896–1993) ialah

juruterbang Amerika yang terkenal. Dia mengetuai

pengeboman yang pertama ke atas Tokyo

semasa Perang Dunia II. Dia memandu kapal

terbang pengebom berenjin kembar 16 B-25, dari

pangkalan pesawat pengangkut U.S.S. Hornet

dalam serangan mengejut ke atas Tokyo pada

18 April 1942.

UMUM 
KAISER, HENRY JOHN

Kaiser, Henry John (1882–1967) ialah usahawan

Amerika, telah menarik perhatian semasa Perang

Dunia II (1939–1945) kerana kepantasannya

membina kapal.

UMUM 
SHORAN

Shoran (kependekan bagi short range navigation)

ialah sistem elektronik yang digunakan untuk

pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang

menggunakan shoran menghantar isyarat radio

ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula

isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan.

Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara

penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran

mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa

tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II

oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri

swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah.

UMUM 
YARRA

Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh

Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa

mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa

Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan

tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa

Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942.

UMUM 
ATLANTIC CHARTER

Atlantic Charter (Piagam Atlantik) menyatakan

tujuan Amerika Syarikat dan Great Britain selepas

Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat Franklin

D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston

Churchill menerima pakai perisytiharan ini pada

bulan Ogos 1941 dalam satu persidangan di atas

kapal dekat pantai provinsi Newfoundland, Kanada.

Teks lengkap piagam ini diberikan di bawah.

UMUM 

Kembali ke atas