KONVOI | Konvoi ialah kumpulan kapal dagang yang belayar bersama-sama untuk pertahanan diri daripada serangan musuh. | UMUM | |
HAK MENGGELEDAH | Hak menggeledah. Mengikut undang-undang antarabangsa, sesebuah negara yang sedang berperang berhak melawat dan menggeledah kapal dagang negara berkecuali. | UMUM | |
EMDEN | Emden ialah nama sebuah kapal Jerman yang ditempatkan di Laut China dan Lautan Hindi sewaktu Perang Dunia I. Ia menenggelamkan atau menawan 22 buah kapal dagang, menyerang pelabuhan Pulau Pinang dan meletupkan sebuah stesen minyak di Madras. | UMUM | |
KAPAL PEMBINASA | Kapal pembinasa ialah sejenis kapal perang. Tentera laut menggunakan kapal pembinasa ini secara meluas untuk melindungi kapal perang yang lebih besar, kapal amfibia dan juga kapal dagang daripada serangan musuh. | UMUM | |
TANJUNG PERIUK | TANJUNG PERIUK, pelabuhan terbesar di Indonesia, terletak di pantai utara pulau Jawa iaitu di Teluk Jakarta. Pelabuhan ini dibuka pada tahun 1877 oleh pemerintah Belanda, bagi menggantikan Sunda Kelapa yang tidak lagi dapat menampung kemasukan kapal dagang yang begitu banyak. Pelabuhan Tanjung Periuk terletak di sebelah timur Sunda Kelapa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LAMURI | LAMURI, negeri yang meliputi kawasan barat laut Sumatera dan terletak di sekitar daerah Kutaraja, Aceh, Indonesia. Sumber Arab (850-1150) mencatatkan Lamuri sebagai Ar-Ramni atau Ar-Ramini. Menurut Abu Zaid Hassan (916 M), kawasan ini terletak dalam kawasan kerajaan Maharaja Zabag. Lamuri amat terkenal dengan pokok kayu lidah buaya atau kelembak. Kedudukan Lamuri yang Strategik iaitu di jalan utama Selat Melaka menjadikannya pelabuhan persinggahan bagi para pedagang Arab sekurang-kurangnya seawal abad ke-10. Pada akhir abad ke-12, kapal dagang yang membawa kumpulan pedagang Cina telah pergi ke Lamuri dan berlabuh di pelabuhan Nan-P’o-Li (Pedir/Pedie) atau Sigli moden. Pada hujung abad ke-13, Marco Polo menyifatkan Lamuri sebagai salah sebuah daripada enam kerajaan yang terletak di utara Sumatera. Menurut catatan Chao Ju-Kua (1225), lamuri merupakan salah sebuah daripada 15 negeri yang diperintah oleh San-fo-chi (Sriwijaya). Kitab Negarakertagama (1365) pula telah memasukkan Lamuri dalam kawasan pemerintahan empayar Majapahit | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BANGKA | BANGKA, pulau yang terletak di timur Sumatera dan dipisahkan oleh Selat Bangka. Nama Bangka mungkin berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu ‘vanga’, yang bermakna logam timah atau plumbum; atau ‘wangka’ yang bermaksud sejenis kapal Cina. Menurut catatan sejarah, kapal dagang dari Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan Sumatera kerap kali menggunakan Selat Bangka untuk ke China atau Eropah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |