MESIN BUSAR KAPAS | Mesin busar kapas ialah mesin untuk membuang biji dari serat kapas. Ramai orang percaya bahawa pereka Amerika, Eli Whitney telah menghasilkan mesin busar kapas yang pertama. Walau bagaimanapun, mesin busar kapas yang ringkas mula digunakan di India pada zaman dahulu. Satu versi mesin busar kapas ini, iaitu <i>mesini> <i> busar penggelek i> , telah tiba di Koloni Amerika menjelang tahun 1740-an. Pada tahun 1793, Whitney mereka cipta cara yang lebih cepat, lebih jimat untuk mengasingkan biji kapas dari seratnya. Mesin busar kapasnya membantu menjadikan kapas | UMUM | |
KEKABUH KAPAS | Kekabuh kapas ialah kumbang kecil yang memakan bahagian dalam <I>lenggai biji I>kapas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman kapas. Berasal dari Mexico dan Amerika Tengah, kekabuh kapas merebak ke utara hingga ke Texas, Amerika Syarikat, kira-kira pada tahun 1890. Sejak itu, ia telah merebak ke kebanyakan kawasan tanaman kapas di Amerika Syarikat. | UMUM | |
KAPAS | Kapas ialah serat tumbuhan yang paling meluas digunakan. Serat kapas ditenun menjadi fabrik yang lembut, kuat, mudah menyerap untuk membuat pakaian, cadar, permaidani, alas meja, dan benda-benda lain. | UMUM | |
MINYAK BIJI KAPAS | Minyak biji kapas ialah minyak yang boleh dimakan, yang diperbuat daripada biji kapas. Ia digunakan terutamanya untuk membuat masak lelemak dan marjerin, dan sebagai minyak masak dan minyak salad. | UMUM | |
KAPAS PELETUP | Kapas peletup ialah bahan letupan. Ia juga digunakan dalam pembuatan plastik dan sampang. | UMUM | |
KAYU KAPAS | Kayu kapas ialah sekumpulan pokok poplar yang besar dan merimbun yang tumbuh di Amerika Syarikat. | UMUM | |
KORDUROI | Korduroi ialah kain kapas atau kain kapas campuran yang bertetulang timbul memanjang. | UMUM | |
SWISS | Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh. Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron dan langsir. | UMUM | |
MUSLIN | Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat. Orang British menamakan fakrik kapas halus sebagai <i>muslini>. Di Amerika Syarikat, <i>muslini> bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain muslin yang lebar dinamakan sebagai <i>kain cadari>. | UMUM | |
KAMBRIK | Kambrik ialah kain kapas putih, halus yang ditenun kosong atau tidak bercorak. Ia kelihatan berkilau sedikit. | UMUM | |