SULTAN IBRAHIM | Kapsyen : Sultan Ibrahim SULTAN IBRAHIM (1873-1959), Sultan Johor (1895-1959). Baginda adalah raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda diputerakan pada 17 September 1873 di Istana Bidadari, Singapura. Baginda adalah putera Sultan Abu Bakar dan Encik Besar Zubidah. Setelah mendapat pendidikan asas, baginda menjalani latihan ketenteraan dengan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda kemudian ditauliahkan sebagai leftenan muda dan dilantik sebagai juruiring ayahanda baginda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN | Kapsyen : Sultan Hishamuddin Alam Syah Ibni Sultan Alaiddin SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN (1898-1969), Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua (1960). Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor. Baginda ialah putera ketiga Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Baginda menamatkan pelajaran menengah ketika berusia 18 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUSUK | Kapsyen ; Cara pemakaian susuk SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SUMAZAU | Kapsyen : Tarian Sumazau SUMAZAU, tarian tradisi dan warisan budaya suku kaum Dusun-Kadazan. Istilah ‘samazau’ sering digunakan untuk tarian tradisi suku kaum Dusun di daerah Membakut, Papar dan Penampang. Bagi suku kaum Dusun Suang Lotud di daerah Tuaran dan Dusun Kuala Penyu, tarian ini dinamakan sumayau atau madsayau. Bagi suku kaum Dusun di daerah Ranau, Kota Belud dan Kuda pula, tarian ini lebih dikenal sebagai tarian mengigol (mongigol). | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SURUHANJAYA REID | Kapsyen : Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955 SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SURUHANJAYA COBBOLD | Kapsyen : Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah) SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962. Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu. Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962. Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SURATMAN MARKASAN | Kapsyen : Suratman Markasan SURATMAN MARKASAN, (1930- ), penulis Singapura. Dia lahir pada 29 Disember 1930 di Pasir Panjang, Singapura. Suratman mendapat pendidikan sekolah Melayu hingga Darjah Tiga. Semasa Perang Dunia Kedua, dia terpaksa berhenti sekolah dan melakukan berbagai-bagai pekerjaan. Pada tahun 1946, Suratman kembali bersekolah di Darjah Lima di Sekolah Melayu Sepoy Lines. Dari tahun 1948 hingga tahun 1950, dia melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. | SASTERA | Tokoh |
SUNTING MALAR | Kapsyen : Sunting malar SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu. Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala. Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini. Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SUNGAI SARAWAK | Kapsyen : Sungai Sawarak SUNGAI SARAWAK, sungai yang terletak dalam Bahagian Kuching, Sarawak. Sungai ini terletak di barat laut pulau Borneo dan menghadap Laut Cina Selatan. Asal usul nama sungai ini dipercayai daripada nama sejenis galian (bijih) yang disebut ‘Serawak’. Galian ini mengandungi belerang dan antimoni yang dilombong di daerah Bau, di lembah hulu Sungai Sarawak. Cawangan utama sungai ini ialah Sungai Sarawak Kiri dan Sungai Sarawak Kanan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SUMBI GIGI | Kapsyen : Sumbi gigi SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan. Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi. Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis. Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas. Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa. Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya. | BUDAYA | Alat/Alatan |