KAPTEN JACK | Kapten Jack (1837–1873) ialah pemimpin Orang Asli kaum Modoc di Amerika Utara, yang telah bertempur dengan Tentera Amerika Syarikat semasa Perang Modoc (1872–1873). | UMUM | |
SELKIRK, ALEXANDER | Selkirk, Alexander (1676–1721) ialah orang Scotland yang terdampar di sebuah pulau yang sunyi. Pengalamannya itu telah memberi ilham kepada kisah Robinson Crusoe (lihat Robinson Crusoe ). Ketika belayar di Laut Selatan pada tahun 1704 dalam satu ekspedisi lanun, Selkirk telah bertengkar dengan kapten kapal. Atas permintaannya sendiri, dia telah tinggal di salah sebuah kepulauan di Juan Fernandez, kira-kira 640 kilometer ke barat Valparaiso, Chile. Dia tinggal seorang diri di sana selama 52 bulan sehingga Kapten Woodes Rogers menyelamatkannya. Kapten itu mencatatkan pengalaman Selkirk dalam A Cruising Voyage Around the World . Kapten Edward Cooke pula memerikannya dalam A Voyage to the South Seas dan Round the World . Selkirk lahir di Largo, Fifeshire. Lihat juga Juan Fernandez. | UMUM | |
TASMAN, ABEL JANSZOON | Tasman, Abel Janszoon (1603–1659), kapten kapal Belanda yang telah menjelajah Lautan Pasifik Selatan. Pada tahun 1642, dia belayar dari Jawa dan menjadi orang Eropah yang pertama melawat Tanah Van Diemen Land (kini Tasmania) dan New Zealand. Perjalanannya melalui tanah besar Australia tidak disedarinya. Dia tidak dapat melihat tanah besar ini. Ketika pelayarannya yang kedua pada tahun 1644, dia menjelajah bahagian utara dan barat pantai Australia . | UMUM | |
MAGELLAN, FERDINAND | Magellan, Ferdinand (1480?–1521) ialah kapten laut Portugis yang mengetuai ekspedisi pertama yang belayar mengelilingi dunia. Pelayarannya memberikan bukti positif yang pertama bahawa bumi ini bulat. Magellan tidak panjang umur untuk menyelesaikan ekspedisi tersebut, tetapi perancangannya yang imaginatif dan kepimpinannya yang berani membuat keseluruhan ekspedisi berjaya. Ramai sarjana menganggap ekspedisi itu suatu kejayaan pelayaran yang paling besar dalam sejarah. | UMUM | |
DA GAMA, VASCO | Da Gama, Vasco (1469?–1524), kapten laut dan penjelajah Portugis. Dia mengetuai angkatan kapal yang pertama bermula dari Eropah hingga ke India. | UMUM | |
SIMPSON, BOBBY | Simpson, Bobby (1936– ) ialah pemain kriket Australia, menjadi kapten pasukan Australia dalam 39 ujian. Dia mula mengetuai Australia pada tahun 1963. Simpson bersara pada tahun 1968 tetapi dipanggil semula bagi mengetuai Australia melawan India pada tahun 1978 pada umur 42 tahun. Dia bermain dalam 62 ujian dan memungut mata larian 4869 pada purata 46.81. Simpson seorang pelontar, pemain pertahanan, dan pemukul yang cekap. Dia membuat 71 wiket pada purata 42.26 dan menangkap 110 pukulan. Robert Baddeley Simpson lahir di Sydney. | UMUM | |
DIAS, BARTOLOMEU | Dias, Bartolomeu (1450?–1500), juga dieja sebagai Diaz, ialah penjelajah dan kapten kapal Portugis. Dia yang menemui jalan laut mengelilingi Afrika, menambahkan kemantapan hubungan perjalanan antara barat Eropah dengan Asia. | UMUM | |
MARSEILLAISE | Marseillaise ialah lagu kebangsaan Perancis. Seni kata lagu ini ditulis semasa Revolusi Perancis oleh kapten muda kor jurutera, Claude Joseph Rouget de Lisle (1760–1836). | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu keluar; mungkin agak lama.” Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |
RICHARDS, VIV | Richards, Viv (1952– ), salah seorang pemukul yang terunggul, menguja dan pencatat larian yang tertinggi dalam sejarah permainan kriket. Dia dilantik sebagai kapten pasukan Hindia Barat pada tahun 1985. Richards ialah seorang pemukul tangan kanan yang kuat, pemboling “offbreak” yang berguna, dan seorang pemadang yang baik. Ujian terhadap kerjaya Richards bermula pada tahun 1976. Dia mencatat 291 larian daripada 386 bola dalam satu perlawanan ujian dengan England pada tahun 1976. Ining nya yang terpantas ialah 110 tidak terkeluar, dengan membuat score off hanya 56 bola, iaitu di St. John’s, Antigua, pada tahun 1986. Richards membuat shor sentri kelas pertamanya yang keseratus pada tahun 1988. | UMUM | |