Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ram] | کارم

Definisi : 1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah; ~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatut­nya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga me­minta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana ke­matian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebab­sebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menye­sal); mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan; kekaraman 1. mengalami bencana yg meng­akibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ram] | کارم

Definisi : 1 masuk atau terbenam dlm air (bkn kapal, perahu dll); tenggelam: Dua buah kapal musuh ~ di Teluk Siam. 2 terendam atau tenggelam dlm air; digenangi air: Apabila hujan turun dgn lebatnya, banyaklah kampung di situ yg ~. mengaramkan menjadikan (perahu dll) karam; menenggelamkan. kekaraman 1 mengalami bencana karam. 2 perihal karam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karam (kata kerja)
Bersinonim dengan tenggelam, kelebu, dimasuki air, digenangi air;,
Kata Terbitan : mengaramkan,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Karam berdua basah seorang.

Bermaksud :

Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TITANIC

Titanic ialah kapal penumpang British yang

terlanggar sebuah aisberg dan karam di Lautan

Altantik Utara pada tahun 1912. Bencana tersebut

berlaku semasa pelayaran pertama kapal berkenaan

dari Southampton , England ke New York City.

Titanic terlanggar sebuah aisberg di sebelah sisinya

lebih kurang pada pukul 11.40 malam 14 April.

UMUM 
MARY ROSE

Mary Rose ialah kapal tentera laut Raja Henry

VIII England yang karam berdekatan Portsmouth

pada tahun 1545.

UMUM 
ZENO DARI CITIUM

Zeno dari Citium (335?–265? SM) ialah

pengasas falsafah Stoik di Athens. Zeno lahir di

Citium di Pulau Cyprus. Zeno pada mulanya,

adalah seorang saudagar, tetapi kapalnya karam

dan dia kehilangan semua hartanya dalam

pelayaran ke Athens pada tahun 314 SM.

UMUM 
SHACKLETON, SIR ERNEST HENRY

Shackleton, Sir Ernest Henry (1874–1922),

penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi

British dari Laut Ross dalam kawasan 180

kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun

1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada

tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut

Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam

setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya

menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau

Elephant. Kemudian Shackleton dan empat

temannya meneruskan perjalanan ke Pulau

Georgia Selatan menggunakan bot dan

menyeberangi rabung pergunungan pulau itu

untuk mendapatkan bantuan penyelamat.

Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya

diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare.

UMUM 
SANG NILA UTAMASANG NILA UTAMA (        – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura).  Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba.  Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik.  Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik.  Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda.  Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka.  Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa).   Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana.  Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas