POKOK KARANG | Pokok karang juga dikenali sebagai <i> kacang i> <i> karang i> , ialah nama bagi lebih daripada 100 spesies pokok dan pokok renek yang tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika di seluruh dunia. Kebanyakan pokok karang adalah pokok daun <i> luruh i> – iaitu, daunnya luruh dan daun baru tumbuh setiap tahun. | UMUM | |
PERTEMPURAN LAUT KARANG | Pertempuran Laut Karang lihat Perang Dunia II (Pertempuran Laut Karang) ; Tentera udara (Jadual: Perang udara yang masyhur). | UMUM | |
KARANG | Karang ialah bentukan batu kapur yang terbentuk di laut oleh berjuta-juta haiwan halus. Bentukan karang mungkin kelihatan seperti pokok bercabang, kubah besar, kerak kecil yang tidak malar, atau seperti paip organ yang halus. | UMUM | |
ATOL | Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang terbina di atas tebing yang tenggelam, atau terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol, dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik. Lihat juga Karang <i> . i> | UMUM | |
AKAR BAHAR | Akar bahar ialah karang berwarna-warni berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri daripada koloni haiwan karang individu yang dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa terdapat di terumbu dan perairan cetek di sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning, jingga, atau ungu terang. | UMUM | Umum |
LAUT KARANG | | UMUM | |
PEJABAT KARANG MENGARANG | Institusi yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan pelajaran persekolahan Melayu. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
KEPULAUAN LAUT KARANG | | UMUM | |
TERUMBU | Terumbu l ihat Atol; Karang. | UMUM | |
PULAU GUADALCANAL | Pulau Guadalcanal terletak di Laut Karang di timur bahagian paling selatan New Guinea. Ia pulau terbesar bagi kepulauan Solomon. Honiara, ibu negeri dan bandar terbesar negara ini terletak di Guadalcanal. Guadalcanal meliputi kawasan seluas 6475 kilometer persegi. Gunung-ganang di pulau ini mencecah ketinggian 2400 meter. Kebanyakan penduduknya yang seramai 71 000 itu ialah orang Melanesia. Keluaran utama pulau ini ialah pisang, kelapa, nanas, getah, dan emas. | UMUM | |