Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. re­kaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : sl tempat tinggal (kediaman): mereka pergi ke karangan Singa Padu tempat kediaman Panji Semirang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : 1 sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2 dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : batu kapur yg bermacam-macam bentuknya yg terdapat di dasar laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENULISAN KREATIFHasil karangan atau satu hasil tulisan.SASTERAKonsep
ESEI

Esei merupakan karangan pendek bukan fiksyen

yang mengandungi pandangan atau analisis

penulis tentang subjek tertentu.

UMUM 
MEIN KAMPF

Mein Kampf ialah buku karangan Adolf Hitler.

Judulnya dalam bahasa Jerman bermaksud

Perjuanganku . Ia diterbitkan dalam dua jilid pada

tahun 1925 dan tahun 1927.

UMUM 
THE ILLIADPuisi epik terkenal yunani yang dipercayai hasil karangan Homer.SASTERAKarya
PETER PAN

Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam

beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James

Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut

mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie

berjudul The Little White Bird (1902). Barrie

mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut

kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904).

Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan

pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter

Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis

novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir

James Matthew.

UMUM 
USUL AL-TAUHID

USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari.  Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid.  Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah.  Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927.  Manuskrip asli kitab ini belum ditemui.  Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak.  Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936.  Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak.  Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman.  Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa,  cetakan ini mengandungi 83 halaman.  Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa.

SASTERAKitab
KESULTANAN TERENGGANU

KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
BASIC SYNTACTIC STRUCTURES IN STANDARD MALAYBasic Syntactic Structures in Standard Malay, buku kajian tentang struktur sintaksis asas bahasa Melayu, hasil karangan E.M.F. Payne dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1970.BAHASAKonsep
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad  Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru.

SASTERAKarya
BAHR AL-LAHUT

BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah ‘Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah ‘Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah ‘Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza.

BAHASABahasa
123

Kembali ke atas