Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bi.da] | کربيدا

Definisi : (Kim) sebatian tak organik drpd karbon dgn unsur yg lebih elektropositif: kalsium ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.bi.da] | کربيدا

Definisi : ist sebatian sesuatu unsur, biasa-nya logam dgn karbon. kalsium ~ karbida yg wujud dlm bentuk asli sbg hablur yg lut sinar dan mengurai dlm air (digunakan utk menghasilkan sj gas). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbida


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARBIDA

Karbida ialah sebatian kimia yang terdiri

daripada karbon dan logam. Besi karbida terdiri

daripada karbon dan logam besi.

UMUM 
KALSIUM KARBIDA

Kalsium karbida ialah sebatian berhablur,

keras, rapuh yang terdiri daripada kalsium dan

karbon.

UMUM 
KARBORUNDUM

Karborundum (formula kimia, SiC) ialah nama

dagang bagi silikon karbida, iaitu pelelas. Ia

disediakan daripada pasir dan karbon.

UMUM 
SEMIKONDUKTOR

Semikonduktor ialah bahan yang mengalirkan

elektrik lebih baik daripada penebat seperti kaca,

akan tetapi tidak sebaik konduktor elektrik seperti

tembaga. Bahan seumpama itu menghasilkan

komputer yang moden dan peranti elektronik lain

yang penting. Transistor yang digunakan dalam

radio saku yang kecil ialah peranti semikonduktor.

Begitu juga sel suria yang membekalkan kuasa

elektrik pada satelit tiruan. Silikon ialah bahan

semikonduktor yang paling meluas digunakan.

Bahan semikonduktor lain termasuk kuprus oksida,

germanium, galium arsenida, galium fosfida, indium

arsenida, plumbum sulfida, selenium, dan silikon

karbida.

UMUM 

Kembali ke atas