KARBONAT | Karbonat ialah sebarang sebatian yang mengandungi ion karbonat. Ion ialah atom atau sekumpulan atom yang mempunyai cas elektrik. Ion karbonat mempunyai dua cas negatif dan mengandungi satu atom karbon dan tiga atom oksigen. | UMUM | |
KALSIUM KARBONAT | Kalsium karbonat ialah mineral berhablur, berwarna putih. Formula kimia kalsium karbonat ialah CaCO3. | UMUM | |
DOLOMIT | Dolomit ialah mineral yang menjadi sumber utama magnesium yang diperoleh daripada kerak bumi. Dolomit agak keras dan rapuh, dan terdiri daripada kalsium karbonat dan magnesium karbonat. Formula kimia dolomit ialah CaMg (CO3)2 . | UMUM | |
ONIKS | Oniks ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada batu karbonat berjalur dan juga akik, iaitu jenis kuarza berira halus (lihat Akik). | UMUM | |
SESIUM | Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun 1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg mengasingkan logam tulen. | UMUM | |
KALSIT | Kalsit adalah satu daripada mineral yang paling banyak didapati di bumi. Ia adalah bentuk kalsium karbonat yang paling stabil. Formula kimianya ialah CaCO3. | UMUM | |
MARMAR | Marmar ialah batuan yang banyak digunakan dalam bangunan, tugu, dan seni arca. Marmar mengandungi terutamanya kalsit atau dolomit, atau campuran kedua-dua mineral karbonat ini. | UMUM | |
AIR SADAH | Air sadah, air tanah yang mengandungi karbonat kalsium, magnesium dan mungkin juga ferum dalam bentuk larutan yang menyebabkan air sukar berbuih apabila dimasukkan sabun. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
STALAGMIT | Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur. Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang menitis ke lantai dari dinding dan bumbung sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut, iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air memasuki persekitaran gua itu, air tersebut kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu yang terbalik. | UMUM | |
BATU KAPUR | Batu kapur, sejenis batuan endapan kimia, yang terdiri daripada bahan karbonat iaitu mineral kalsit, CaCO3. Batuan ini kira-kira 10% dari kesemua batuan endapan di dunia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |