BURUNG KARDINAL | Burung kardinal ialah sejenis burung yang biasa didapati di seluruh bahagian timur Amerika Utara. Ia juga dikenali sebagai redbird. Burung ini berukuran 18 sentimeter hingga 23 sentimeter panjang. Di kepalanya terdapat jambul yang boleh ditegakkan untuk menakutkan musuh. | UMUM | |
BUNGA KARDINAL | Bunga kardinal ialah sejenis tumbuhan yang tinggi. Ia hidup di tanah yang basah atau lembap di sepanjang mata air dan di padang rumput, di kawasan paya dan di kawasan tepi jalan. | UMUM | |
APONTE MARTINEZ, LUIS CARDINAL | Aponte Martinez, Luis Cardinal (1922– ), ketua biskop San Juan, menjadi orang Puerto Rico yang pertama menjadi kardinal Gereja Roman Katolik. Pope Paul VI melantiknya menjadi kardinal pada tahun 1973. Aponte Martinez lahir di Lajas, Puerto Rico dan telah ditahbiskan sebagai paderi pada tahun 1950. Pada tahun 1960, dia ditahbiskan sebagai biskop dan menjadi pembantu biskop di Ponce, Puerto Rico. Aponte Martinez diberi nama sempena dengan nama ketua biskop San Juan pada tahun 1964. | UMUM | |
MAZARIN, JULES CARDINAL | Mazarin, Jules Cardinal (1602–1661) ialah negarawan Perancis dan kardinal Gereja Roman Katolik. | UMUM | |
NICHOLAS II | Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus. Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya bermakna menerima, calon yang dicadangkan. | UMUM | |
PRELATE | Prelate ialah gelaran pegawai yang berpangkat tinggi di gereja. Bagi Gereja England, prelate ialah biskop dan ketua biskop. Bagi Gereja Roman Katolik, istilah prelate juga bermakna paus, kardinal, dan ketua rahib dan pegawai biara yang lain, di samping prelate kehormat. | UMUM | |
ALEXANDER III | Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I, menyokong seorang antipaus yang bernama Victor IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal. Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus menyebabkan perpecahan antara golongan paus yang membawa kepada terpilihnya tempat golongan antipaus di sepanjang pemerintahan Alexander. | UMUM | |
MONSIGNOR | Monsignor ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada golongan paderi dari Gereja Roman Katolik. Perkataan ini berasal daripada perkataan Itali monsignore yang bermakna My Lord dan dipendekkan sebagai Msgr. Kardinal tidak dipanggil Monsignor tetapi orang tua-tua (patriarch), ketua biskop, biskop dan orang yang terlibat dengan keluarga paus, diberi gelaran ini. Pada kebiasaannya, biskop dan ketua biskop dipanggil Tuan Yang Terutama atau “Your Excellency” walaupun kadang-kadang ketua biskop boleh juga dipanggil “Your Grace”. | UMUM | |