KARI | Kari ialah gulai yang dibuat daripada telur, ikan, daging, atau sayur-sayuran yang dimasak bersama rempah ratus. | UMUM | |
GULAI | GULAI, lauk berkuah. Bahan utama gulai ialah daging, ikan air tawar atau ikan laut yang dimasak bersama-sama santan, dicampur rempah dan herba-herba lain. Di utara Semenanjung, gulai dikenal sebagai kari. Masakan ini berasaskan kari ala-India. Di tempat-tempat lain di Semenanjung,kari tidak termasuk dalam kategori gulai. | BUDAYA | Konsep |
MOHD. HAMDAN ABDULLAH, TUN | MOHD. HAMDAN ABDULLAH, Tun (1922-1977), Yang Dipertua Negeri Sabah Keempat. Dia lahir pada 22 Februari 1922 di Kampung Labuaya, Tuaran, Sabah. Nama sebenarnya sebelum memeluk agama Islam ialah Indan Kari. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Vernakular di daerah Tuaran sehingga tamat Darjah Lima iaitu pencapaian tertinggi pada waktu itu (1935-1945). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |