AL-QUR’AN AL-KARIM | Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf, diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal. | UMUM | |
ABDUL FATAH KARIM | ABDUL FATAH KARIM (1935- ), ahli muzik, pemimpin orkestra dan penggubah lagu. Dia lahir pada 10 Februari 1935 di Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan. | BUDAYA | Konsep |
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, DATUK DR. | Nik Safiah Haji Abdul Karim, Datuk Dr. (1939– ) ialah ahli dan pejuang bahasa, ahli akademik, dan pejuang pergerakan wanita. | UMUM | |
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
KOMPLEKS PERCETAKAN AL-QUR’AN AL-KARIM | Kompleks Percetakan al-Qur’an al-Karim Raja al-Malik Fahd, salah satu kompleks percetakan terbesar di dunia. Ia terletak di Madinah Munawwarah dan sejauh 15 kilometer dari Masjid Nabawi. | UMUM | |
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, DATUK | Nik Safiah Abdul Karim, Datuk (1939- ), ahli linguistik dan pejuang bahasa Melayu. Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cinta Berahi, Kelantan. | BAHASA | Tokoh |
ABDUL KARIM ABU BAKAR | ABDUL KARIM ABU BAKAR (1922- ), ahli politik. Dia lahir pada 29 September 1922 di Alor Gajah, Melaka. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka hingga Darjah Lima (1932). Setelah lulus peperiksaan untuk Special Malay Class, dia melanjutkan pelajaran di Bandar Hilir English School dan seterusnya di High School Melaka, hingga ke kelas Junior Cambridge (1941). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SYEIKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU | SYEKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU (1879-1945), ulama dan pelopor Kaum Muda di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Dia lahir pada 10 Februari 1879, di Danau Maninjau. Nama sebenarnya ialah M. Rasul. Ayahnya Syekh Kisai adalah seorang ulama tarekat, manakala ibunya berasal daripada keluarga penghulu adat. Dia pernah berguru dengan Syekh Ahmad Khatib dan Syekh Tahir Jamaluddin. Syekh Abdul Karim pergi ke Makkah sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1894 hingga tahun 1901. Kunjungan kali kedua (1904-1906), dia telah memberanikan diri membuka halaqah di Masjidilharam, meskipun dilarang oleh mufti mazhab Syafie. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KARIM RASYID, ABDUL | KARIM RASYID, ABDUL ( ? - ? ), pendidik, nasionalis dan tentera. Dia lahir di Selangor. Dia pernah menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak (1929-1931). Selepas tamat belajar, dia menjadi guru hingga tentera Jepun menduduki Tanah Melayu (1942). Semasa pemerintahan Jepun, dia memasuki kumpulan Giyu-Gun dan mendapat pangkat Mejar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TALIB KARIM, DATO' | TALIB KARIM, Dato’ (1911-1979), Ketua Menteri Melaka (1967-1972), Dia lahir pada bulan April 1911 di Kampung Bahru, Alor Gajah, Melaka. Dia mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Alor Gajah, dan pelajaran Inggeris di High School, Melaka pada tahun 1930. setelah menamatkan pelajarannya, dia ke Betawi. Di sana, dia sering mengikuti syarahan pejuang kemerdekaan Indonesia seperti Sukaono, Sjahrir dan Omar Said Tjokroaminoto. Pengalaman ini telah mendedahkannya kepada perkembangan politik semasa. Dari Betawi dia berhijrah ke Medan, dan berkahwin pada tahun 1936. pada tahun 1939, dia kembali ke Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |