KARNIVOR | Karnivor ialah haiwan yang memakan daging. Kebanyakan haiwan ini memakan herbivor (haiwan yang memakan tumbuhan). Oleh itu, karnivor membantu mengawal bilangan herbivor dan mengekalkan keseimbangan alam semula jadi. | UMUM | |
IKAN SINAR-X | Ikan sinar-x ialah ikan karnivor kecil yang hidup di bahagian muara Sungai Amazon, termasuk di perairan yang agak masin. | UMUM | Umum |
ALLOSAURUS | Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu. Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya lebih kurang 1.8 tan metrik. | UMUM | |
OMNIVOR | Omnivor ialah haiwan yang memakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Beruang, tikus, dan rubah merah ialah contoh omnivor. Lihat juga Herbivor; Karnivor. | UMUM | |
PERANGKAP LALAT VENUS | Perangkap lalat Venus ialah tumbuhan yang terdapat di satu kawasan kecil di kawasan pantai Carolina Utara dan Carolina Selatan, Amerika Syarikat. Ia juga dikenali sebagai Dionaea. Tumbuhan ini memerangkap serangga dalam daunnya, dan menghadamnya. Oleh kerana tabiat ini, ia dikenali sebagai tumbuhan karnivor . Perangkap lalat Venus tumbuh di rawa yang tanahnya kurang oksigen. Serangga adalah ganti nitrogen dalam diet tumbuhan ini. Ia tumbuh subur di tempat yang lembap tetapi memerlukan sinar matahari. | UMUM | |