Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.ya] | کاريا

Definisi : 1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ eceran karya yg diterbitkan secara satu­-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku); berkarya menghasilkan karya (tulisan, cip­taan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~; perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkaryaan penghasilan karya, pencip­taan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkarya orang yg berkarya atau meng­hasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.ya] | کاريا

Definisi : hasil kesenian dll; ciptaan: ~ seni lukis. berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): Beliau ~ utk mengisi masa lapangnya. pengkaryaan perihal atau perbuatan menghasilkan karya; penciptaan (sesuatu karya): Kumpulan penulis itu agak kurang cergas dlm soal ~. pengkarya orang yg berkarya. karyawan orang yg banyak menghasilkan karya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARGENT, JOHN SINGER

Sargent, John Singer (1856–1925), pelukis

Amerika yang membuat karya-karya utamanya di

Eropah. Dia menghabiskan sebahagian besar usia

dewasanya di England. Kini, hasil karyanya

dipamerkan di Tate Gallery, London, sebagai contoh

lukisan England pada akhir tahun 1800-an.

UMUM 
TERENCE

Terence (195?–159? S.M.) ialah penulis drama

komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya,

merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani.

Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan

karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan

yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran

sifat yang baik. Kesemua enam karya drama

komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan.

UMUM 
MÖRIKE, EDUARD

Mörike, Eduard (1804–1875) ialah penyair lirik

Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang

menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya

Mörike banyak yang membayangkan

suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi

puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai

sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah

lampu usang dalam rumah musim panas, atau

sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di

satu sudut.

UMUM 
SARTRE, JEAN-PAUL

Sartre, Jean-Paul (1905–1980) ialah ahli falsafah

eksistentialis Perancis yang menyatakan ideanya

dalam banyak novel, drama, cerita pendek, dan

karya-karya teorinya.

UMUM 
HADIAH SASTERA DI MALAYSIA

Hadiah Sastera di Malaysia ialah hadiah yang

diberikan oleh kerajaan atau pihak swasta kepada

para penulis di malaysia dalam menghasilkan

karya-karya sastera yang baik

UMUM 
AESCHYLUSAeschylus (525–456 S.M.) ialah penulis terawal

yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud

dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih

daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh

masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan

seorang seniman yang benar-benar patriotik dan

warak yang membawa kematangan kepada tragedi

Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani

mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat

memberi respons kepada soalan atau cadangan

korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon

kepada dua, yang mewujudkan dialog yang

membolehkan watak berinteraksi.

UMUM 
BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA AGAMABAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA AGAMA, bahasa Melayu yang digunakan dalam khazanah karya agama. Karya agama dalam bahasa Melayu klasik dapat dibahagi secara kasar kepada tiga bidang menurut kandungannya.BAHASAKonsep
LESSING, DORIS

Lessing, Doris (1919– ), penulis wanita

Inggeris yang terkenal dengan karya novel. Karya

cerekanya memaparkan penekanan yang begitu

mendalam terhadap moral, politik dan sikap

psikologi dan juga peranan wanita pada zaman

moden.

UMUM 
AYER, SIR ALFRED JULES

Ayer, Sir Alfred Jules (1910 –1989), ahli falsafah

British, memprolehi reputasi awal kerana bukunya

Language, Truth and Logic (1936). Buku ini

memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai

positivisme logik dan doktrin bahawa pesoalan

dalam metafizik adalah tanpa makna. Karya-karya

falsafahnya yang terkemudian termasuk The

Foundations of Empirical Knowledge (1940) dan

The Problem of Knowledge (1956).

Ayer lahir di London dan mendapat pendidikan

di Eton College serta Oxford University. Dia

menjadi profesor di London University pada tahun

1946, dan memegang jawatan Profesor Wykeham

Professor of Logic di Oxford University pada tahun

1959 hingga 1978.

UMUM 
PENGHIBURAN

PENGHIBURAN, majalah sastera.  Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak.  Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali.  Ia diterbitkan dua kali sebulan.  Penghiburan agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen.  Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama.  Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [lih. j. AHMAD NAWAWI MOHD. ALI]

SASTERAPenerbitan
12345678910...

Kembali ke atas