KASUT | Kasut ialah perlindungan luar untuk kaki. Kasut mempunyai tapak dan kebanyakan kasut juga mempunyai tumit. Bahagian atas kebanyakan kasut lebih tinggi daripada pergelangan kaki. But ialah kasut yang menjangkaui pergelangan kaki. | UMUM | |
PERMAINAN KASUT RODA | Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan menggunakan kasut roda . Sesetengah orang meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman, sementara yang lainnya meluncur di gelanggang luncur dalam bangunan bersama iringan muzik. Ramai juga yang mengambil bahagian dalam pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin, pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada tahun 1760. | UMUM | |
KELINCI KASUT SALJI | Kelinci kasut salji ialah kelinci bersaiz sederhana yang hidup di Amerika Utara. Ia juga dikenal sebagai varying hare. Kelinci kasut salji tinggal di hutan dan paya di Kanada dan utara Amerika Syarikat, termasuk Alaska. Haiwan ini juga ditemui di gunung-ganang di selatan sejauh New Mexico di barat dan Tennessee di timur. Kelinci kasut salji mempunyai kaki belakang yang besar dan berbulu untuk melompat di atas salji. | UMUM | |
KASUT SALJI | Kasut salji ialah alat yang membolehkan seseorang berjalan di atas salji tebal tanpa tenggelam. Ini dapat dilakukan kerana kasut salji menyebarkan berat seseorang itu meliputi kawasan yang lebih luas. | UMUM | |
KASUT KAYU | Kasut kayu, atau clog ialah sejenis alas kaki yang kebanyakannya dipakai oleh orang yang tinggal di kawasan rendah dan lembap di Belanda. Kasut ini dikenali sebagai klompen oleh orang Belanda. | UMUM | |
MOKASIN | Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak mempunyai tumit dan muat-muat dipakai. Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya memanjang hingga ke lutut. | UMUM | |
TABIAT | Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat. Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut. Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah laku yang semula jadi, bukannya perkara yang dipelajari (lihat Naluri ). | UMUM | |
APENNINES | Apennines adalah nama banjaran gunung yang menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut. Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun. Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914 meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal kerana marmarnya yang berwarna putih bersih. Lihat juga Vesuvius. | UMUM | |
NORTHAMPTON | Northampton (pend. 178 200), pekan dan daerah di bawah kerajaan tempatan di Northamptonshire, England . Ia merupakan pusat pembuatan, dikenali untuk industri membuat kasut. Bandar ini terletak di Sungai Nene. Bangunannya yang indah termasuk St. Peter’s Church, dengan hiasan Normannya, dan sebuah katedral moden Roman Katolik. Northampton sebelum ini merupakan sebuah bandar baru (lihat Bandar baru ). | UMUM | |
SABOTAJ | Sabotaj ialah perbuatan dengan sengaja mensia- Siakan atau merosakkan alat, mesin atau pengeluaran milik majikan atau kerajaan. Perkataan ini bermula pada tahun 1800-an apabila pekerja Perancis mencampakkan sabot (kasut kayu) ke dalam mesin untuk menghentikan pengeluaran. Di Sepanyol, Perancis dan Itali, sabotaj telah digunakan oleh ahli sindiket iaitu anggota kesatuan sekerja berfahaman anarki. | UMUM | |