KATA DUA | Kata dua ialah satu cadangan ataupun desakan terakhir yang dibuat oleh salah satu pihak yang sedang berunding. | UMUM | |
SINONIM | Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila satu kata boleh digunakan untuk maksud yang sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin kedua-duanya boleh digunakan untuk menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak menggunakan kata stupid untuk menerangkan mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya bahasa dengan membantu penutur, atau penulis menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang membosankan. | UMUM | |
KATA HUBUNG | Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, dan ayat. Kata conjunction dalam bahasa Inggeris berasal daripada dua kata Latin yang bermakna bergabung dengan . | UMUM | |
FRASA | serentetan kata yang terdiri daripada dua kata atau lebih, yang boleh diperluas. | BAHASA | Konsep |
KATA BILANGAN | Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk membilang. Kata bilangan terbahagi kepada dua: (1) kata nombor, dan (2) kata kuantiti. | BAHASA | Konsep |
KAMUS UMUM | KAMUS UMUM, kamus yang tidak mengehadkan kata entrinya kepada kata daripada golongan atau jenis tertentu seperti kata dialek, kata sukuan, kata teknikal, kata slanga dan sebagainya. Biasanya kosa kata yang terkandung dalam sesebuah kamus umum merupakan kosa kata yang difahami oleh masyarakat umum sesuatu bahasa. Kamus umum dalam sesuatu bahasa lazimnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu umum deskriptif dan umum standard. | BAHASA | Penerbitan |
KATA MAJMUK | Kata majmuk ialah kata yang dibentuk daripada dua atau lebih kata dasar yang membawa makna yang berbeza daripada makna kata yang menjadi komponennya. | BAHASA | Konsep |
SANDBURG, CARL | Sandburg, Carl (1878–1967) ialah penyair, penulis biografi dan ahli sejarah Amerika. Dua tema utama menguasai karyanya. Salah satunya ialah usaha mencari erti sejarah Amerika. Satu lagi melibatkan keghairahannya terhadap manusia biasa Amerika. Dengan memetik kata-kata Rudyard Kipling, Carl Sandburg berkata tentang dirinya: “Aku akan menjadi jurubicara rakyat. Mulutku akan berdarah dan dari mulut itulah sumpalnya diragut. Aku akan mengatakan apa sahaja.” | UMUM | |
SLANGA BERIMA | Slanga berima ialah suatu bentuk bahasa berkod. Dalam kebanyakan slanga berima, istilah slanga terdiri daripada dua atau lebih kata setiap satunya. Kata terakhir dalam istilah itu adalah rima atau asonansi kata yang akan digunakan dalam pertuturan biasa. | UMUM | |
ANTIPOD | Antipod ialah dua tempat yang betul-betul bertentangan kedudukannya antara satu dengan yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing- masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia dan New Zealand biasanya dikenal sebagai antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua- dua negara itu terletak hampir bertentangan dengan England. | UMUM | |