Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SLANGA

Slanga ialah jenis bahasa yang tidak formal

apabila kata dan frasa digunakan dengan cara baru

atau luar biasa. Banyak istilah slanga adalah

ekspresif, lucu, dan jelas. Sesetengahnya adalah

kasar dan menyinggung perasaan. Ungkapan

slanga boleh jadi kata baru, seperti glitzy (terlalu

terang dan menjolok mata) atau hype (pengiklanan

yang bergantung pada gimik atau muslihat). Ia juga

boleh jadi kata lama yang mengalami perubahan

makna, seperti magic (menakjubkan) atau cool

(canggih dan terkawal diri).

UMUM 
TANDA TITIK BERTINDIH

Tanda titik bertindih ialah tanda baca yang

ditunjukkan sebagai: Fungsi utamanya adalah untuk

memisahkan pengenalan daripada apa yang

diperkenalkan: senarai, petikan panjang, ilustrasi,

atau penerangan. Tanda titik bertindih paling kerap

digunakan apabila kata yang mendahuluinya

membentuk ayat lengkap, seperti dalam ayat kedua

rencana ini. Terdapat dua kekecualian. Tanda titik

bertindih boleh digunakan untuk mengakhiri

pembukaan surat perniagaan formal, dan ia boleh

digunakan selepas tajuk utama sesuatu garis kasar.

Lihat juga Tanda baca.

UMUM 

Kembali ke atas