| KATA MAJMUK | Kata majmuk ialah kata yang dibentuk daripada dua atau lebih kata dasar yang membawa makna yang berbeza daripada makna kata yang menjadi komponennya. | BAHASA | Konsep |
| PERKAMUSAN MELAYU | PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya. Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis. Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya. Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya. | BAHASA | Konsep |
| AYAT MAJMUK | Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada 2 ayat mudah atau lebih yang dihubungkan oleh kata hubung, atau dipisahkan oleh koma, koma bertindih atau titik bertindih. Contohnya diberikan seperti berikut: | BAHASA | Konsep |