SURAH AL-FALAQ | Surah al-Falaq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-113 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat. Surah ini dinamakan al-Falaq (waktu subuh), sepertimana ungkapan kata orang Arab; “ia lebih terang dari falaq subuh.” Permohonan perlindungan dari Tuhan, pencipta waktu subuh di awal surah ini menjadikannya sebab penamaan surah ini dengan al-Falaq. | UMUM | |
SEMANTIK | Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa, semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian sejarah mengenai perubahan makna perkataan. | UMUM | |
SCHULZ, CHARLES MONROE | Schulz, Charles Monroe (1922–2000), pelukis kartun Amerika yang mencipta komik “Peanuts”. Lukisannya yang mudah memaparkan watak kanak-kanak yang sering meluahkan kata-kata yang lucu tetapi bijaksana mengenai kehidupan. Charlie Brown, Lucy, Linus, dan sebagainya – termasuk anjing bernama Snoopy – diminati oleh kanak- kanak dan juga orang dewasa. | UMUM | |
KEAGRESIFAN | Keagresifan, dalam bidang psikologi, ialah tingkah laku perseteruan yang boleh mencederakan atau mengganggu orang lain. Tingkah laku sedemikian boleh berbentuk serangan fizikal terhadap seseorang dan harta benda mereka, atau berbentuk kata-kata cercaan. | UMUM | |
KATA NAMA | Kata nama ialah golongan kata yang mengenal pasti orang, tempat, objek, perbuatan, kualiti, dan idea. | UMUM | |
MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121 M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
PEMINJAMAN BAHASA EROPAH | PEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu. Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain. Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab. Misalnya, perkataan ‘falsafah’ yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani. Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
| BAHASA | Konsep |
ANTIPOD | Antipod ialah dua tempat yang betul-betul bertentangan kedudukannya antara satu dengan yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing- masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia dan New Zealand biasanya dikenal sebagai antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua- dua negara itu terletak hampir bertentangan dengan England. | UMUM | |
AULD LANG SYNE | Auld lang syne ialah dialek orang Scotland yang bererti old long since (sejak lama dahulu) atau hari telah berlalu. Perkataan ini menjadi judul sebuah lagu yang digemari oleh semua orang yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris. Robert Burns menyatakan bahawa dia mencatat perkataan ini apabila mendengar seorang lelaki tua menyanyikannya akan tetapi orang menganggap Burns yang mencipta kata-kata tersebut. Lagu ini dinyanyikan dengan melodi Scotland lama. Ia adalah lagu tradisi untuk menyambut ketibaan Tahun Baru, terutama di Scotland. Lihat juga Burns, Robert. | UMUM | |
PLAUTUS | Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi Baru Yunani yang menekankan pemuda yang mencintai hamba perempuannya, kekeliruan identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak membimbangkannya kerana dia hanya menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa. Dia pakar dalam dialog, menulis tentang kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta, dan penganiayaan. | UMUM | |